Jumaat, 24 April 2015

Laksana POTA: Kerajaan akan hadapi suasana lebih buruk

HARAKAHDAILY



AKTA Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 bukan sahaja tidak selari dengan tindakan yang dibenarkan dalam Islam, malah akan mencetuskan suasana yang lebih buruk apabila turut memberi kesan kepada Malaysia di peringkat antarabangsa. Ini antara yang ditekankan Pemangku Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Ikuti pandangan beliau dengan lebih lanjut mengenai akta yang diluluskan seawal pagi 7 April dalam wawancara Wartawan Kanan Harakah, NYZA AYOB bersama beliau pada 15 April lalu.

WARTAWAN: Apakah kedudukan dalam Islam mengenai undang-undang drakonian terutama POTA yang diluluskan dalam persidangan Parlimen baru-baru ini? 

USTAZ NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH: Dalam Islam hukuman itu ada tetapi asas hukuman dalam Islam ini mesti diketahui mana yang salah dan mana yang benar. Islam membuka peluang kepada pesalah untuk dia bela diri.

Islam juga buka peluang kepada orang yang menuduh ini untuk membuktikan tuduhannya.

Sebab itu mana-mana peraturan yang ada dalam dunia hari ini seperti POTA, ISA dan apa juga nama sekalipun sekiranya tidak ada peluang bagi orang yang dituduh itu membela diri dan orang yang menuduh itu pula tidak mampu membuktikan kesalahan dengan bukti yang kukuh, maka ia bercanggah dengan Islam dan agama.

Jadi, apa yang berlaku dalam negara kita, dikatakan ISA digantikan dengan Sosma dan kini POTA pula menyamai ISA.

ISA adalah undang-undang yang tidak memberi peluang kepada orang yang dianggap bersalah membela diri. Sebab itu kita tentang ISA. Manamana kesalahan yang dituduh dilakukan, belum tentu lagi dia salah. Mungkin ada faktor yang lain yang menyebabkan sesuatu situasi itu. Pihak kerajaan atau pihak rakyat di Malaysia tidak boleh menuduh sewenang-wenangnya.

 Apa yang kita nampak, di pihak kerajaan sendiri, kerajaan menggunakan nama kerajaan untuk bertindak apa sahaja. Ini tidak dibenarkan dalam Islam. Sebab itu Allah sangat-sangat murka kepada orang yang menuduh kepada sesuatu kesalahan itu tanpa dibicarakan.

Terdapat peruntukan dalam POTA yang menahan mangsa tanpa jangka masa dan tanpa perbicaraan. Adakah ini bertentangan dengan Islam?

Pada zaman Sayidina Ali Bin Abi Talib, walaupun dia seorang khalifah, dia sanggup mendedahkan dirinya kepada perbicaraan. Itulah keadilan Islam. Sebab itu kita rasakan situasi kerajaan mengenakan undang-undang zalim ini, pada waktu yang sama apabila kerajaan Kelantan mengemukakan Kanun Jenayah Syariah, kita mengharapkan rakyat boleh menilai dengan bijak Kanun Jenayah Syariah.

Tidak adapun satu klausa yang membolehkan pihak kerajaan dan boleh tuduh siapa sahaja yang dia hendak tuduh. Dalam Islam tidak ada perkara ini. Ini menunjukkan perbezaan yang sangat ketara antara syariat Islam dengan undang-undang yang berasaskan kepada ideologi manusia.

Apakah kesan buruk kepada negara apabila meletakkan hukuman seperti ini daripada segi perkembangan Islam dan juga sosial?

Saya menganggap POTA ini adalah undang-undang yang sangat lapuk dan tidak sesuai dengan zaman moden dan zaman teknologi maklumat ini.

Undang-undang seumpama ini yang semua orang tahu dilaksanakan di Malaysia untuk kepentingan politik yang sempit.

Apabila kerajaan mementingkan politik yang sempit, kerajaan akan menghadapi situasi yang lebih buruk.

Yang pertama, apabila masyarakat dunia luar melihat undang-undang yang ada di Malaysia ini tidak ada arah tuju yang jelas, maka ia memberi kesan kepada pelabur-pelabur asing. Jadi, negara akan rugi apabila pelabur asing tidak masuk ke negara kita. Dalam waktu yang sama imej negara dianggap sebuah negara yang kuno dan tidak bertamadun, yang mana pemimpin negara menjatuhkan hukuman ke atas rakyat tanpa dibicarakan. Ini satu perkara yang memberi kesan yang sangat besar.

Kesan kedua yang perlu kita ingat, mana-mana perundangan yang kita laksanakan dalam negara yang bercanggah dengan prinsip agama, ia akan ditarik keberkatan oleh Allah. Apabila Allah tarik keberkatan, kita kena ingat tidak ada apa yang untung.

Bahkan kita akan berhadapan dengan kerugian yang sangat banyak apabila tiada keberkatan.

Bagaimana pula dengan pelbagai dakwaan dikeluarkan apabila pembangkang terutama Ahli Parlimen membantah Akta ini?

Sebab itu kita minta pihak berkuasa supaya menilai situasi ini dengan cara yang baik. Pembangkang di negara ini bukan hendak meruntuhkan negara. Sebaliknya pembangkang hendak membina negara. Pembangkang di Malaysia berada dalam situasi yang benar. Bukannya membangkang semberono.

Apabila kerajaan bersikap seperti ini dan tidak menjawab dengan hujah, tetapi menjawab dengan undang-undang, suatu masa apabila semua perkara kerajaan menjawab dengan undangundang, ia akan menimbulkan situasi yang tidak baik dalam negara. Apa salahnya kerajaan jika memberi jawapan secara hujah kerana kerajaan memiliki media dan dapat menjawab dengan profesional. Dengan itu rakyat boleh menilai dengan baik.

Apabila kerajaan menggunakan undang-undang ini, ia akan mencetuskan situasi yang tidak baik dalam negara. Mungkin akan berlaku demonstrasi secara besar-besaran sebagaimana di Thailand.
Sebab itu kalau kita lihat di negara-negara maju mereka memberi peluang kepada rakyat untuk bercakap dan memberi pandangan dalam televisyen. Ini kerana pandangan-pandangan yang diberikan rakyat ini ia amat berguna kepada negara.

Ia boleh membangunkan dan memajukan negara. Jika dibuka secara umum kepada rakyat untuk memberi pandangan, ia dapat membendung gejala penyalahgunaan kuasa dan gejala rasuah. Ini kerana seseorang pemimpin itu takut untuk melakukan tindakan yang tidak sepatutnya apabila rakyat diberi ruang menyatakan komen dan pandangan di televisyen.

Jadi, jika kerajaan mengambil sikap untuk menjawab dengan undang-undang, ia tidak memberi keuntungan kepada negara.

Adakah wajib bagi rakyat membangkang undang-undang yang zalim seperti POTA ini?

Rakyat wajib membantah setiap perkara yang bercanggah dengan agama. Umat Islam mesti tunjuk satu sikap yang jelas dan membangkang apa sahaja peraturan-peraturan yang diperkenalkan yang bercanggah dengan agama Islam. Bagi masyarakat bukan Islam, dia mesti menunjukkan sikapnya yang tidak bersetuju apabila perundangan ini bercanggah dengan akal dan tamadun manusia, kebebasan dan hak-hak bersuara. Sepatutnya semua lapisan masyarakat menunjukkan sikap yang jelas bahawa rakyat dalam negara kita secara khususnya menolak undang-undang sebegini.

Wajarkah seseorang yang disyaki terlibat dengan keganasan ini dibawa ke mahkamah syariah?

Sangat wajar kerana dalam Islam kena tengok kesalahan yang dilakukan itu. Islam tengok pada punca yang sebenar. Dalam hal ini sukar untuk saya jelaskan dalam waktu yang singkat.

Istilah keganasan kadang-kadang digunakan pihak kerajaan dalam keadaan kerajaan sebenarnya yang mencetuskan keganasan.

Yang mencetus keganasan di Timur Tengah adalah Amerika Syarikat. Begitu juga dalam negara kita, yang mencetus keganasan adalah kerajaan Malaysia, Umno dan BN. Sebab merekalah yang mencetuskan situasi keganasan.

Sebab itulah istilah keganasan ini satu istilah yang perlu dihalusi oleh semua rakyat dan jangan sekali-kali keganasan ini kita tuding kepada pembangkang. Sedangkan orang yang benar-benar ganas dalam konteks Malaysia adalah kerajaan. Jika kita lihat pelaksanaan GST, ia juga satu perkara yang ganas. Tetapi ia telah dipusingkan. Kalau ada rakyat yang menyatakan pandangan dengan agresif, maka dituding sebagai pengganas.

Tetapi jika kerajaan buat perkara yang ganas, disembunyikan. Ini satu perkara

Tiada ulasan: