Rabu, 1 April 2015

Berita Kenaikan Harga RON95 Naik Malaysia 1 April 2015 Palsu dan Minyak RON95 Tidak patut Naik!




harga ron95



Berita Kenaikan Harga RON95 Naik Malaysia 1 April 2015 Palsu dan Minyak RON95 Tidak patut Naik! Sejak lewat petang semalam sudah terbitnya kerisauan dikalangan jutaan rakyat Malaysia di mana sudah mula tersebarnya berita kenaikan harga minyak Ron95 naik bermula tengah malam ini 1 April 2015 melalui aplikasi Whatapps. Di mana kebenarannya?

Berdasarkan sejarah kenaikan harga minyak naik di Malaysia, ternyata begitu banyak elemen kejutan untuk rakyat Malaysia.

Kerajaan Malaysia akan mengumumkan di saat akhir sekaligus mencetuskan suasana panik sehingga jam 11:59 malam dengan deretan kenderaan rakyat Malaysia beratur panjang di stesen minyak Petronas, Shell, Petron, BHP yang berdekatan dengan harapan mereka dapat mengurangkan seberapa banyak kos perbelanjaan minyak RON95 mereka sebelum kenaikan harga RON95 naik bermula 12 tengah malam.

BACA BERITA INI : Gaji Pendapatan Bawah RM4,000 Boleh Beli Minyak Petrol RON95 
Dengan Subsidi. Apa Nasib RM4,001 Hingga RM12,000?

 

Sejarah Kenaikan Harga RON95 Naik 2015?

  • Januari 2015 : Harga RON95 RM1.95 seliter
  • Februari 2015 : harga RON95 RM1.70 seliter
  • Mac 2015 : Harga RON5 RM1.95 seliter
Terkini berdasarkan maklumat dan berita yang disampaikan melalui aplikasi Whatapps, rakyat Malaysia bakal dihidangkan dengan harga ROn95 yang baru bermula esok hari dengan nilai kenaikan sebanyak 11 sen. Benar atau tidak?

Di saat rakyat berada dalam suasana resah dan gusar melihatkan bebanan kos sara hidup dan harga barang baru yang bakal dihadapi mereka disebalik perjalanan GST malaysia 6% bermula 1 April 2015, kenaikan harga minyak RON95 naik sangatlah tidak munasabah yang mana bakal membebankan kalangan rakyat marhaen di Malaysia

Walaubagaimanapun, semakan Berita Semasa setakat ini menunjukkan dan Berita Semasa juga difahamkan tiada kenaikan harga minyak RON95 naik bermula 1 April 2015. Insyaallah.

P/S : Disebalik trend “crude oil” yang dilihat menurun, secara tiba-tiba pula ada serangan besar-besaran, sekaligus menidakkan kejatuhan harga minyak dunia kembali melonjak pada 10 hari terakhir Mac 2015 ini. Adakah ini disebalik kesan Perang Yamen?

PP/S : Diharap lebih berhati-hati dengan berita harga RON95 naik apatah lagi melalui aplikasi Whatapps.


1 ulasan:

  1. Memey depa sengaja viralkan begitu supaya ada tekanan sikit pd kerajaan yg tekena penyakit pekak badak tak gitu kan

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.