Harga petrol dan diesel naik lagi hasil dari penarikan balik subsidi bahan api oleh kerajaan sebanyak 0.20 dua hari yang lepas. Belum lagi kita dapat menerima pengenalan GST tidak berapa lama lagi kita dibebankan dengan kenaikan harga bahan api sebanyak 0.20 bagi setiap litre.
Kita bukan tidak menerima hakikat
yang akhirnya nanti kita tidak akan dapat mengelak dari penarikan kembali
subsidi bahan api ini, tetapi ia dilakukan diwaktu subsidi ini perlu dikekalkan
buat sementara waktu kerana rakyat sedang dalam kesusahan yang keterlaluan
sekarang ini.
Dalam keadaan harga minyak dunia
sedang dalam keadaan menurun sejak beberapa tahun yang lalu kita menaikan harga
‘retail’ bahan api ini tidak henti-henti. Ini bukan masalah kita mahu subsidi
itu kekal, tetapi ia adalah masalah waktu dan cara harga bahan api ini
dinaikkan.
Sejak 2009 begitu banyak subsidi
telah ditarik balik. Nampaknya kerajaan tidak mempunyai keupayaan untuk
menambah pendapatan untuk menyelenggarakan negara dengan kadar yang baik dan
terpaksa menyelindungi kelemahannya dengan menarik balik subsidi bahan api ini.
Kini rakyat bukan meminta
tambahan subsidi tetapi sekadar mengekalkan subsidi itu diperingkat yang ada
kerana waktu dan ketika ini rakyat sedang berperang dan berjuang untuk
mengendalikan kehidupan dalam keadaan yang tersangat sempit ini.
Kerajaan sepatutnya buat
sementara ini menyelesaikan masalah rakyat yang terhimpit dengan kesempitan ini
dahulu, bukannya menggunakan rakyat untuk menyelesaikan masalah kerajaan yang
boros dan tidak berbelanja dengan telus seperti yang difahami oleh ramai
sekarang ini.
Apabila kerajaan bermasalah
sahaja, maka rakyat terpaksa menanggung kelemahan kerajaan menguruskan
perbelanjaan negara sedangkan kerajaan tidak pernah menyedari yang rakyat telah
berkorban dengan membenarkan subsidi bahan api ini ditarik balik beberapa kali
dalam tempoh setahun dua ini.
Yang bermasalah sekarang ini
bukannya rakyat, tetapi yang mempunyai masalah sekarang ialah kita mempunyai
pemimpin yang bermasalah besar. Pemimpin kita semuanya adalah dari gulungan
yang keliru, tidak tahu bagaimana dan cara mana mereka berada diatas sana dan memimpin kita dan
negara.
Kita tidak ada ‘planner’ yang
baik untuk menyusun dan mengendalikan isu kekurangan pendapatan kerajaan
dengan mencari sumber lain selain dari memberikan tumpuan menarik balik subsidi
yang sudah begitu besar sejak beberapa tahun yang lepas ini.
Najib sepatutnya berhenti buat
seketika bercakap bergegar-gegar hendak membawa negara ini kepada sebuah negara
berpendapatan tinggi menjelang 2020 sedangkan rakyat dibawah ini sedang
bergelumang dengan kehidupan yang sempit dan memeritkan ini. Najib lebih
mementingkan populariti peribadi beliau dari menangani masalah rakyat yang
lebih dari 70 peratus yang berada dibawah purata pendapatan RM3000 sebulan ini.
Cerita hendak menaikkan tahap negara berpendapatan tinggi, buat sementara ini
masih lagi cerita dongeng Najib ‘and geng’ yang begitu sarat dengan dongengan
itu.
Najib sepatutnya bercakap
mengikut kadar yang sepatutnya sahaja dan elakkan diri dari hanya berucap tanpa
mempunyai asas kukuh untuk mengaku yang negara kita bakal menjadi negara maju
menjelang tahun 2020 nanti. Najib nampaknya bukannya memimpin negara dengan
bermodalkan kepada kebijaksanaan atau kemampuan untuk membuat perancangan baik
untuik rakyat, tetapi hanya bersandarkan kepada populariti beliau di dalam UMNO
sahaja.
Najib jelas mempunyai lidah yang
terlalu pantas dari pemikirannya. Najib sepatutnya sekarang berdiri diatas
pentas dan mengumumkan yang beliau tidak lagi berdaya untuk menguruskan negara
dan mengaku sahaja yang beliau telah gagal dalam serba serbinya dan mengumumkan
apa yang sepatutnya yang beliau perlu lakukan.
Jika beliau menyedari keadaan
itu, dan mengambil keputusan untuk mengangkat bendera putih dan bersara, maka
semua barisan kepimpinan dibawahnya juga sepatutnya turut serta bersara dan
memberikan rakyat membuat pilihan yang lain.
Kerajaan sekarang tidak
sepatutnya bertahan lagi kerana jika diteruskan juga bertahan dengan memaksa
rakyat untuk berkorban terus-terusan, maka kita berada dalam sebuah negara yang akan lumpuh dalam tidak
berapa lama lagi. Najib tidak berhenti-henti bercakap tentang ekonomi, satu
subjek ‘which he knows too little’.
Nampaknya beliau sama sahaja seperti kemampuan rakyat biasa seperti saya ini.
Takkanlah kerajaan sekarang hanya
mempunyai satu kemahiran sahaja dalam kepimpinannya, iaitu untuk menarik
subsidi sahaja untuk menyelesaikan masalah kewangan negara.
Kita tidak tahu apakah peranan
yang dimainkan oleh Ahli-Ahli Legislature Negara kerana membiarkan Ketua
Kerajaan Persekutuan ini masih dibiarkan berkeliaran (loitering) di Putrajaya
itu hanya untuk mengelirukan rakyat. Tidak boleh kah mereka yang berada
di peringkat Dewan Legislatif Negara melakukan sesuatu yang drastik dan berani
untuk mencari kepimpinan yang mampu untuk memahami keadaan rakyat yang sangat
terhimpit kehidupan mereka ini?
Tidak adakah di kalangan mereka
ini mengenepikan sedikit masa untuk berfikir untuk membantu rakyat yang dalam
keperitan ini? Bukankah berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang
malam?
Najib, Muhyidin dan lain-lain
diatas itu patut berkorban untuk rakyat. Berkorban bukan hanya dengan memegang
jawatan. Meletakkan jawatan untuk kepentingan negara juga adalah pengorbanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan