Hafiz Roslan
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
meminta orang ramai bertenang dengan isu melibatkan sensitiviti kaum dan
agama di Pulau Pinang.
Menurut Najib, sebarang tindakan akan diambil untuk mengelakkan
sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan hubungan kaum dan agama.
"Saya minta supaya tindakan diambil untuk membanteras sebarang perbuatan
yang boleh dianggap sebagai tindakan provokasi dan boleh menjejaskan
hubungan kaum dan agama di negara ini.
"Inilah masa untuk kita berada dalam keadaan yang tenang dan tidak
melatah dalam apa jua keadaan," katanya kepada media selepas mlancarkan
buku Maps of Malaya and Borneo di sini.
Najib berkata demikian ketika diminta mengulas insiden penggantungan
kain rentang berbaur provokasi berhubung kalimah Allah di beberapa pagar
gereja di kawasan pulau di negeri ini semalam.
Difahamkan kain rentang yang bertulis “Allah is Great” (Allah Maha Besar), “Jesus is the son of Allah” (Jesus adalah anak lelaki Allah) digantung di luar perkarangan gereja di Lebuh Farquhar, Sungai Pinang, Pulau Tikus dan Gelugor.
Difahamkan kain rentang yang bertulis “Allah is Great” (Allah Maha Besar), “Jesus is the son of Allah” (Jesus adalah anak lelaki Allah) digantung di luar perkarangan gereja di Lebuh Farquhar, Sungai Pinang, Pulau Tikus dan Gelugor.
Ianya turut menyebabkan terdapat laporan yang mendakwa terdapat individu
yang melontar 'molotov cocktail' atau bom botol di pekarangan sebuah
gereja di Lebuh Farquhar dekat sini awal pagi ini.
Pihak polis mengesahkan akan memburu pihak yang tidak bertanggungjawab
melontar 'molotov cocktail' atau bom botol di pekarangan sebuah gereja
di Lebuh Farquhar, Pulau Pinang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.