Khamis, 21 Mac 2013
SPRM akan bertindak ‘seperti yang sepatutnya’ dalam kes video pendedahan terbaru Sarawak
"Siasatan sedang dijalankan ... dengan bukti baru yang timbul, SPRM akan bertindak 'seperti yang sepatutnya," kata Pegawai Penyiasat SPRM Datuk Mustafar Ali kepada The Malaysian Insider melalui khidmat pesanan ringkas.
Kumpulan aktivis antarabangsa semalam menunjukkan bukti video yang didakwa sebagai penyelewengan tanah di Sarawak melibatkan Abdul Taib Mahmud (gambar) dan keluarganya, dalam klip video yang disiarkan di siaran berita Al-Jazeera semalam.
Dalam penyiasatan yang dirahsiakan, GW dalam video tersebut menyamar untuk berunding dengan sepupu Abdul Taib dan beberapa individu untuk mendapatkan ribuan hektar tanah hutan, yang didakwa aktivis yang berpengkalan di London itu sebagai pendedahan rasuah secara sistematik di negeri terbesar Malaysia itu.
Pendedahan itu bagaimanapun dinafikan Abdul Taib, dan menegaskan sepupunya, Fatimah Abdul Rahman dan Norlia Abdul Rahman itu "tidak boleh dipercayai."
"Ok saya lihat yang dikatakan adalah bukti. Bukankah itu seseorang yang cuba untuk menawarkan diri mereka sebagai egen untuk mendapatkan ganjaran daripada saya?
"Ia tiada kena mengena dengan saya. Saya rasa mereka sedikit nakal. Mereka menggunakan kuasa untuk memburukkan nama saya," kata ketua menteri Sarawak selepas ditanya oleh wartawan di ibu negeri tersebut di Kuching semalam.
Video berdurasi 16 minit tersebut turut menunjukkan beberapa keratan video tentang perbualan dengan sepupu dan peguam Ketua Menteri Sarawak, untuk membeli tanah dengan keuntungan di mana akan menyebabkan orang asal di kawasan tersebut akan kehilangan tanah.
Perbualan itu turut menunjukkan individu di dalam video berkenaan turut memberitahu bagaimana perniagaan berjalan di Sarawak untuk memperkayakan golongan elit.
Bagi menjawab dakwaan tersebut, Taib berkata orang awam pada awalnya patut mengetahui tentang hubungan beliau dengan sepupunya itu.
"Siasatlah hubungan antara bapa saya dengan dia. Adakah ia baik atau tidak?
"Kami pernah bergaduh sekali jadi sepupu tidak boleh dipercayai. Jika kamu mahu cipta sesuatu carilah sesuatu yang lebih sahih.
"Mereka cuba perangkap seseorang seperti saya. .. daripada bukti ia boleh ditafsirkan sedemikian."
Pada tahun 1987, Tun Abdul Rahman Ya'kub, bapa saudara kepada Taib, yang telah bersara sebagai ketua menteri pada tahun 1981 berhadapan cabaran besar dalam politik dengan anak saudaranya itu.
Abdul Rahman membentuk Permas untuk mencabar Taib tetapi kalah dalam pilihan raya negeri pada tahun itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan