Sabtu, 30 Mac 2013

Anwar : Saya Tidak Dendam Dengan Tun Dr Mahathir


Anwar Jelajah Sg Besi


KUALA LUMPUR  : Walaupun telah dipenjarakan selama enam tahun dan dikritik berkali-kali oleh Tun Dr Mahathir Mohamed, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak menyimpan dendam terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Malah beliau merasakan apabila Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya, kerajaan baru itu tidak harus mengambil tindakan terhadap bekas ketua-nya itu.

“Saya nak beritahu, saya tak dendam dia. Walaupun saya diserang setiap hari, tapi saya tak fikir dia wajar diambil tindakan oleh kerajaan baru (Pakatan Rakyat) untuk hukum dia.

” Saya tidak mahu jentera PR ganggu dia. Jangan ganggu. Dia umur sudah 87 tahun. Bagi dia rehat. Tapi ingat saya bukan (Datuk Seri) Najib (Razak), saya kena pertahankan prinsip.

“Kalau fikir dendam sampai bila nak habis, ” kata Anwar yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri di bawah Dr Mahathir,  di dalam ceramah di Sentul, semalam.

Anwar juga mengulangi kenyataan yang beliau bukan dalang pencerobohan Lahad Datu oleh kumpulan bersenjata dari selatan Filipina seperti yang didakwa oleh Umno-BN.

Menurutnya, beliau mengaku berjumpa dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.

“Bukan setakat jumpa bekas Gabenor Mindanao itu tetapi Tun Dr Mahathir turut mengundang beliau untuk melawat Malaysia.

“Saya bawa rombongannya untuk melawat pejabat Umno di Sabah.

“Tapi oleh kerana saya menyanyikan lagu tanya sama Najib, mereka kata saya jadi dalang,” katanya dalam Tambahnya, lagu itu dinyanyikan kerana Sabah bakal hilang dari Umno-BN bukannya Malaysia.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata beliau kesal dengan sikap akhbar pro-Umno yang tidak memberi ruang untuk beliau membela diri dan membuat penjelasan berhubung tuduhan dari blog pro-Umno.

” Saya tidak menghina polis, tiada istilah yang saya keluarkan ‘mati katak’ dan juga tembakan itu hanya sandiwara.

” Kenyataan itu hanya diputar belitkan oleh blog pro – Umno dan media arus perdana,” katanya.

Tiada ulasan: