KUALA LUMPUR — Pemimpin MIC memberitahu Datuk Zulkifli Noordin (gambar) hari ini untuk “tutup mulut”, mohon maaf dan menarik semula kenyataannya yang dikatakan menghina agama Hindu.
“Jika anda cetek pengetahuan, tutup mulut dan diam,” kata ahli jawatankuasa pusat MIC, Datuk T Rajagopalu kepada The Malaysian Insider.
“Beliau tidak layak menjadi ahli parlimen. Beliau peguam separuh masak dan bukan seorang Muslim sejati. Lelaki Muslim sejati tidak akan mengutuk agama lain,” tambah beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan