Oleh: Sidiqin Omar
KLANG : Barisan Nasional Selangor menjadikan pertemuan dengan usahawan logistik dan pengangkutan pada program ‘Get Together Selangor Logistics Fraternity‘ untuk melobi sokongan bagi pilihan raya umum ke-13.
Tinjauan
Keadilandaily pada program semalam mendapati, Timbalan Pengarah Jentera
Pilihan Raya BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed terpaksa
merayu kepada kumpulan usahawan itu untuk memberi sokongan kepada BN.
“Kami merayu sokongan anda. Pilihan raya semakin hampir. Biarlah saya
cakap secara jelas dan berterus terang,” katanya di hadapan kira-kira
100 hadirin pada program itu di Hotel Premiere, Klang semalam
Mohd Zin merupakan Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB),
yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menjadikan kemudahan
pengangkutan awam itu sebagai kempen bergerak BN.
Dalam program sama, Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir berterus terang
akan menyokong BN dalam PRU akan datang, meskipun memegang jawatan dalam
syarikat berkepentingan awam.
“Saya selalu ditanya sama ada saya ini mewakili KTMB atau BN? Saya terus terang katakan saya ialah penyokong BN,” kata Elias.
Sebelum bersama KTM Berhad, Elias mengetuai operasi di beberapa
konglomerat utama seperti UMW Toyota, Edaran Otomobil Nasional (EON),
Proton, Kontena Nasional, Northport dan FELDA.
Pengakuan itu menguatkan hujah Pakatan Rakyat bahawa KTMB dijadikan tunggangan Umno-BN pada kempen pilihan raya umum ke-13.
Keadilandaily
pada 25 Julai 2012 mendedahkan bahawa KTMB mengarahkan kakitangan
jabatan korporat, sumber manusia dan pemasaran untuk mengedar kurma pada
bulan Ramadhan yang merupakan kempen BN.
Manakala pada 12 April 2012, Mohd Zin Mohamed mengeluarkan arahan
agar bendera BN dipasang di 28 stesen komuter di seluruh Selangor.
Dalam tinjauan Keadilandaily, seorang penyokong Parti Progresif
Penduduk (PPP) dari Ampang yang tidak dinamakan berkata, pertemuan
bersama tersebut adalah yang pertama kali dianjurkan BN Selangor.
“Sebelum ini tak pernah. Ini kali pertama BN buat pertemuan dengan
usahawan ini. Itu pun sebab dah kalah pilihan raya 2008,” katanya kepada
Keadilandaily semasa sesi minum petang.
Program semalam menghimpunkan wakil komponen parti Barisan Nasional
dari 22 Bahagian di Selangor. Sehingga program berakhir jam 7.30 petang,
didapati tidak ada seorang Adun BN Selangor hadir ke program tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan