DAP hari ini melancarkan stesen televisyen dalam talian dalam usaha menyediakan sumber berita alternatif untuk pengundi dan memecahkan monopoli yang didakwa dikuasai oleh Barisan Nasional (BN) dalam media perdana, selepas parti tersebut menolak tawaran 10 minit siaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menerangkan manifesto pilihan raya.
Pua mengatakan Ubah.TV tidak ditujukan kepada pengundi luar bandar, dan akan menggunakan cara tradisional seperti risalah dan ceramah.
Tetapi beliau berkata akses Internet dapat membantu pembangkang menyebarkan mesejnya dari mulut ke mulut.
“Apa yang diperlukan oleh kita ialah separuh dari penduduk mempunyai akses untuk mendapatkan maklumat lalu memberitahu kepada mereka yang tidak memilikinya, agar lebih ramai dapat mendapat maklumat,” katanya lagi.
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata stesen televisyen dalam talian ini adalah platform untuk parti menerangkan berita di sebelah mereka, dan mengatakan akan memberi peluiang kepada musuh politiknya Umno dalam Ubah.TV.
Isnin lalu, Radio Free Malaysia, stesen radio pro-pembangkang menyiarkan siarannya secara dalam talian dari 9 malam hingga 11 malam, dan memperkenalkan siaran tersebut dengan rakaman temubual bersama ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai program pertamanya.
Semalam, PKR, sebuah lagi parti PR, mengatakan akan melancarkan lebih banyak video di Facebook bagi menerangkan polisi dan program ekonomi, selepas kejayaan video janji cukai kereta yang lebih rendah yang mencecah 1 juta pengguna Facebook dalam masa tiga hari.
Malaysia mempunyai 13 juta pengguna Facebook, dengan 46.28 peratus penduduk dari 29 juta orang, menurut laman web pemantau sosial media Socialbakers. 64 peratus pengguna Facebook berusia 18 hingga 34 tahun.
PAS dan PKR minggu ini turut mengikuti jejak DAP menolak tawaran siaran 10 minit di saluran RTM.
RTM mempunyai dua siaran televisyen yang menguasai 21 peratus penonton, manakala stesen televisyen swasta mengawal 70 peratus dari pasaran, menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times April tahun lalu. Bernama melaporkan pada Januari 2008 bahawa dua siaran RTM menguasai 21 peratus.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), jumlah penembusan jalur lebar di seluruh negara sekitar 66 peratus dari 6.74 isi rumah, atau 21 peratus dari 29 juta penduduk pada suku keempat tahun lalu. Tetapi statistik terbaru SKMM menunjukkan kawasan bandar menguasai pengguna internet, iaitu sebanyak 89.7 peratus berbanding kawasan luar bandar sebanyak 10 peratus pada 2009.
Angka SKMM menunjukkan 90 peratus rumah di seluruh negara mempunyai akses kepada televisyen, dan kira-kira lebih 70 peratus mempunyai akses kepada siaran radio.
Pemerhati melihat pengundi bandar lebih cenderung terhadap pembangkang, namun pengundi kawasan luar bandar yang secara tradisionalnya menyokong Barisan Nasional dan lebih bergantung kepada media perdana sebagai sumber maklumat yang dijangkakan akan menentukan pemenang pilihanraya 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan