Skuad BO
Menurut Setiausaha Kerja 'R', Syed Solah Syed Hassan, mereka akan bermalam di situ dan akan bersama-sama himpunan menyerahkan memorandum royalti yang dijadualkan esok, pada jam 10 pagi.
"InsyaAllah, kita akan bermalam di sini, sehingga pagi esok, bagi menghantar mesej kepada kerajaan zalim yang merampas royalti dari rakyat negeri Terengganu,
"kita sudah beberapa program untuk malam ini, solat berjamaah, tazkirah, ucapan-ucapan yang akan diselang selikan dengan kumpulan pemuzik,"katanya.
Justeru beliau menyeru orang ramai tampil memberikan sokongan, terutamanya hadir bersama-sama himpunan demo dan memo esok.
Jam 6.00 pm - Aktivis R yang berkhemah di kunjungi olh Pengerusi Sekretariat 'R' Mohamad Fauzi Abu Samah bersama beberapa Jawatankuasa Sekretariar 'R' yang lain.
Turut sama memberikan sokongan moral adalah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terengganu. Zaidan Abdullah dan Ketua Dewan Pemuda PAS Dungun, Ustaz Sheikh Hanafi.
Jam 7.20 pm - Seramai 15 orag peserta perkhemahan 'Camping For Royaty - C4R' telah menunaikan solat maghrib berjamaah yang diimamkan oleh Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, diikuti dengan tazkirah selepas solat maghrib.
Antaranya Wan Sukairi berkata, perkhemahan tersebut diadakan bagi menuntut hak rakyat dan para peserta yang berkhemah di situ adalah mewakili seluruh rakyat Terengganu.
"perkhemahan menuntut hak rakyat, peserta mewakili seluruh rakyat Terengganu, mempertahankan hak adlh kewajipan semua org dn ia adlh sifat mulia,
"Islam memberi ganjaran syahid kepada penegak hak yang terkorban (dan) mempertahankan hak adalah kewajipan semua orang dan ia adalah sifat mulia,"ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan