Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tuntutan yang dikemukakan itu merupakan pandangan peribadi Misuari sedangkan pendirian PR adalah berbeza.
"Pakatan Rakyat tidak pernah mempersoalkan setiap inci bumi Sabah kerana ia adalah hak milik Malaysia.
Pakatan Rakyat turut menolak tuntutan Filipina ke atas Sabah dan menolak tuntutan keluarga Sultan Sulu terhadap Sabah," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Nur Misuari yang mendakwa Sabah dikuasai Malaysia.
"Itu pandangan beliau (Nur Misuari) tentang penguasaan Kuala Lumpur terhadap Sabah. Pakatan Rakyat tidak bersetuju kerana ini soal dalaman negara dan Pakatan Rakyat akan tetap perjuangkan," katanya.
Tegas Anwar, kenyataan Nur Misuari yang ingin menghantar askarnya untuk merampas Sabah awal bulan lalu juga tidak boleh diterima.
"Jika ingin mengadakan rundingan seperti biasa, mungkin boleh diteruskan tetapi yang Pakatan Rakyat tentang ialah bila ada jenayah, pencerobohan ke atas Sabah dan menggugat keselamatan bumi Malaysia.
"Malah Pakatan Rakyat turut menolak tuntutan Filipina ke atas Sabah dan tidak akan berkompromi dalam mana-mana perkara membabitkan soal keselamatan negara.
"Pakatan Rakyat juga menolak tuntutan keluarga Sultan Sulu terhadap Sabah," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan