Rabu, 20 Mac 2013

Syahid di Dunia Menaikkan Martabat Perajurit Bukan Samatarafkan Dengan Orang Mati lemas!

 smnoor

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/IMG_4315.jpgDewan Ulamak PAS ingin menegaskan kenyataan sebelum ini, bahawa sesungguhnya para perajurit kita adalah wira negara yang mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.

Mereka adalah syahid di atas dunia lagi, dan diberikan penghormatan seperti syahid. Najib hanya memanggil mereka sebagai syahid akhirat sahaja !

Najib yang juga merupakan Perdana Menteri dan Presiden Umno telah merendahkan martabat para perajurit dengan menyamakan pengorbanan mereka dengan kematian seorang yang lemas, orang yang mati kebakaran, wanita yang mati melahirkan anak dan seumpamanya seperti yang dijelaskan oleh para ulamak.

YB Tuan Guru Dato' Hj Harun Taib
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

Tiada ulasan: