DETIK DAILY |
Perwakilan mahu editorial Harakah distruktur semula dan sebuah jawatankuasa menapis diwujudkan. Bagi mengikuti apa yang berlaku di sebalik citra Pemuda, ikuti penjelasan diberi Ketua Penerangannya, Ustaz Riduan Mohd Nor.
Punca minat pemuda memilih isu Harakah pada muktamar kali ini?
Berdasar kepada usul yang dibawa Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mereka mahu Harakah distruktur kembali. Mereka mahu pembaikan kepada Harakah dibuat sebagai organ parti dan wadah gerakan Islam di Malaysia. Pembaikian dimaksudkan dari segi kandungan contohnya petikan-petikan berita yang berlaku di Arab Spring, perubahan di Mesir dan negara Asia Barat lain serta sorotan berita dengan negara-negara jiran. Isu di Syria berkaitan bersekongkolnya rejim Hafiz Bashar yang agak skeptical dengan Iran. Itu sebagai asas teguran dibuat. Jadi saya sebagai sebagai penapis usul kita terima dan ia dibahas dengan agak hangat. Pemuda mencadangkan badan seperti Audit Syariah bagi menapis berita-berita yang akan keluar dalam Harakah cetak dan harakahdaily supaya selari dengan aspirasi parti dan gerakan dakwah. Contoh iklan-iklan yang tidak wajar seperti ubat-ubat kuat biarlah disiarkan dalam akhbar lain.
Ketua Pemuda anggota Lembaga Pengarah Harakah?
Ketua Pemuda hanya boleh memberi cadangan, namun dengan ada desakan daripada akar umbi yang kita anggap lebih kuat. Kita tidak boleh hendak sekat pandangan-pandangan ahli selaras ruang demokratik bagi mereka menyuarakan pandangan dan ekspresi kebebasan bersuara. Bebas untuk bermuhasabab tetapi mesti beradab. Pemuda pusat juga meraskan Harakah perlu diberi energi baru supaya selaras dengan bilangan ahli sekarang lebih sejuta. Mengambil kita jumlah ahli yang ramai sekurang-kurangnya mesti teredar 300,000 naskah setiap keluaran. Ia pernah dicapai sebelum ini. Jumlah edaran sekarang sekitar 110,000 naskah pemuda menganggap belum selaras dengan jumlah ahli PAS yang ramai. Mungkin ada ahli yang tidak beli Harakah sebagai silent protes. Ini sepatutnya pimpinan dan pihak editorial mengambil kira pandangan yang diluah peringkat akar umbi. Begitu juga ada perwakilan dari Perlis yang mahu agihan siaran berita lebih seimbang. Masalah juga dilihat kerana Harakah hanya memfokus pemimpin-pemimpin tertentu, sedangkan kita mempunyai ramai pemimpin berbakat.
Mungkinkah ada kenyataan pemuda tidak keluar sehingga adanya usul Harakah kali ini?
Saya sebagai ketua penerangan merasakan banyak kenyataan Pemuda yang keluar dalam kedua-dua media tersebut. Itu tidak timbul. Tidak wujud diskriminasi. Sebaliknya perlu diwajahkan kembali supaya sesuai dengan organ parti dan gerakan Islam. Harakahdaily perlu dilihat seperti Islamonline dan seumpamanya. Selain itu berita-berita yang dianggap tidak relevan dan sangsi usah dipetik semula.
Bagaimana penjelasan mengenai Harakah diberi Setiausaha Agung?
Disebutnya Harakah print disemak Ustaz Idris Ahmad, manakala Harakahdaily Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, namun pemuda melihat perlu ditambah kepada satu team seperti Audit Syariat membabitkan lima hingga enam orang yang ada ilmu boleh membantu secara bergilir-gilir. Mereka boleh bertindak sebagai penapis rencana dari ayat ke ayat. Ini kerana Harakah boleh mempengaruhi pemikiran ahli, jadi perlu ditapis dengan lebih teliti. Hendaklah kita berlapang dada dengan pandangan akar umbi.
Apa cadangan pemuda?
Pemberitaaan mesti diperingkatkan lagi. Kolum rencana ramai cendikiawan yang ada kepakaran dan boleh menulis. Secara peribadi kurang sesuai wartawan Harakah ada kolum mengulas pandangan politik kontemporari. Sebab kita ramai tokoh yang boleh menjadi penulis tamu dan sebagainya. Mungkin golongan medium class dalam PAS tidak memahaminya dan perlu dan pihak yang lebih pakar mengulas sesuatu isu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan