Selasa, 27 November 2012

Bung Mokhtar mahu Dewan larang ungkapan provokasi



 
Seorang MP BN berkata Parlimen seharusnya memberi tumpuan kepada ungkapan berbentuk provokasi yang didakwanya mencetus kenyataan "tidak sihat" dan bukan hanya melarang ucapan berbaur seksis.

Dalam ucapannya ketika membahaskan pindaan Peraturan Mesyuarat 36 (4) berhubung ketetapan baru itu, Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) menyatakan kekesalannya kerana ucapan berbentuk provokasi tersebut tidak dimasukkan dalam pindaan tersebut.

"Saya lihat bahawa pindaan-pindaan ini cuma tambahan daripada perkataan 'biadap' kepada 'seksis'.

"Tidak pula dimasukkan ucapan-ucapan berupa provokasi.

"Mungkin disebabkan provokasi ini maka timbul suasana yang tidak senang di kalangan wakil rakyat dan ucapan provokasi ini banyak dilakukan wakil rakyat.

"Ekoran daripada provokasi itu timbullah ungkapan-ungkapan tidak sihat," kata Bung Mokhtar ketika membahaskan usul yang dibentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Bung Mokhtar pada tahun 2007 menarik perhatian negara apabila akhirnya memohon maaf kepada golongan wanita kerana mengeluarkan perkataan "bocor" ke atas MP Batu Gajah, Fong Poh Kuan dalam satu perbahasan di Dewan Rakyat.

Pada Mac tahun lalu, beliau sekali lagi menjadi sasaran kritikan apabila menyalahkan pemandu wanita atas kemalangan jalan raya.

Tiada ulasan: