Disamping itu Zuraida juga berkata Wanita PR akan memperkenalkan polisi untuk kaum wanita seperti yang terdapat dalam Buku Jingga dengan memperkenalkan tujuh tumpuan utama (polisi Wanita PR) sebagai manifesto menjelang PRU ke-13 nanti.
Tujuh tumpu utama tersebut akan dilancarkan sempena malam “Agenda Wanita Malaysia” pada 13 September ini di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam.
Dengan tema “Falsafah Hormat Wanita”, Zuraida turut berharap agenda yang akan dibawa oleh Wanita PR ini akan dapat membantu kaum wanita menyedari bahawa mereka mempunyai hak-hak yang mungkin tidak diketahui selama ini serta membantu meningkatkan permanent mereka dalam membangunkan negara.
Selain itu, Zuraida juga menegaskan pihak kerajaan menerusi agensi-agensi dan kementeriannya sudah tidak relevan dan tidak lagi memainkan peranan penting tetapi sebaliknya sudah terkebelakang dalam memperjuangkan isu wanita.
“Kementerian kerajaan kini sudah tidak boleh diharap dalam memperjuangkan isu wanita, malahan tidak lagi berfungsi untuk membantu wanita,” kata Zuraida.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan