Aspan Alias
“Ahli-ahli
Umno yang didapati mensabotaj parti dalam pilihanraya nanti akan di
singkirkan keahlian mereka. Mereka yang bekerja dan mengundi
parti-parti pembangkang adalah mereka yang tidak setia dan Umno tidak
memerlukan mereka”.Itulah lebih kurang kata-kata Muhyiddin Yassin dua
hari yang lepas semasa merasmikan perwakilan salah satu bahagian di
Johor dua hari yang lepas..
Inilah
sebenarnya masalah yang sedang dihadapi oleh Umno apabila menghadapi
PRU yang akan datang. Masalah itu merupakan masalah yang terbesar yang
Umno sedang hadapi dan jika Umno menumpukan mengkritik dan membidas
DAP, PAS dan PKR, itu merupakan tumpuan dan “priority” yang salah yang
dilakukan oleh Umno.Parti-parti dalam Pakatan Rakyat itu hanyalah
parti-parti yang halal dan bukannya menjadi kesalahan bagi sesiapa
untuk mengundinya termasuklah ahli-ahli Umno sendiri seperti yang telah
dilakukan oleh sebahagian besar ahli-ahli Umno dalam pilihanraya yang
lalu.
Lain-lain
perkataan parti-parti pembangkang bukannya musuh BN. Pakatan Rakyat
hanya menawarkan pilihan kepada BN yang kian hari kian bercelaru dengan
masalah “inter-party” dan “intra-party” dalam BN.
Musuh Umno
ialah ahli-ahlinya sendiri. Saya tidak putus-putus dihubungi oleh
ramai ahli-ahli Umno yang biasa di bawah-bawah ini sejak saya menjadi
ahli DAP awal Januari yang lepas.
Mereka tidak berpuas hati dengan parti mereka sendiri dan ingin saya meyakinkan mereka yang menyokong Pakatan Rakyat itu adalah tindakan yang tidak bersalah-salahan dengan perjuangan politik rakyat dan negara.
Mereka tidak berpuas hati dengan parti mereka sendiri dan ingin saya meyakinkan mereka yang menyokong Pakatan Rakyat itu adalah tindakan yang tidak bersalah-salahan dengan perjuangan politik rakyat dan negara.
Mereka
mahukan saya memberi tahu dan meyakinkan mereka mengundi DAP dan
parti-parti dalam Pakatan Rakyat itu merupakan tindakan yang halal
malahan ia merupakan langkah kearah perubahan dan hijrah untuk rakyat
termasuk orang Melayu sendiri.
Mereka
mahukan saya memberikan pandangan yang perubahan kali ini adalah satu
perkara yang sudah menjadi kemestian untuk kita lakukan. Mereka
merasakan yang mereka hanya dijadikan “kuda pelejang” untuk
pemimpin-pemimpin korup yang tidak bermoral dan beretika dan jika Umno
masih mendapat mandat kali ini mereka merasakan usaha untuk
menyelamatkan negara akan tertangguh lagi.
Sementara
hendak menunggu satu lagi pilihanraya negara kita akan kering kotang
dan negara akan menghadapi masalah yang amat sukar untuk diperbetulkan
pada masa itu nanti. Pendeknya mereka kata untuk melakukan perubahan
itu adalah sekarang dan tidak boleh ditangguhkan lagi.
“It”s
better late than never,” kata seorang rakan saya yang baru saya kenali
di Seremban baru-baru ini. Apabila kita mengutamakan negara, kita tidak
boleh lagi memberikan Umno bermaharajalela.
Umno akan
melakukan banyak perkara yang menekan rakyat termasuklah kepada
ahli-ahlinya sendiri. Dengan amaran Muhyiddin itu ia menampakkan yang
Umno sedang menghadapi masalah dari ahli-ahlinya sendiri.
Masalah
dalaman parti Umno, adalah seperti orang yang menghadapi masalah
dalaman. Penyakit dalaman tubuh kita selalunya akan membawa kita ke
tahap penyakit yang “terminal” yang akhirnya membawa maut kepada kita
sendiri.
Bagimanakah
Umno akan membuang ahli-ahli Umno yang mensabotaj calon BN itu?
Bukankah undi itu sulit? Kali ini bukan masalah sabo-menyabo. Sekarang
ini adalah masalah untuk menghapuskan rasuah yang dilakukan oleh BN.
Muhyiddin nampaknya hendak menekan ahli-ahlinya sendiri dan itu pun
budaya Umno sejak akhir-akhir ini. Umno tidak kisah bagaimana masyarakat
melihat dan memberikan persepsi kepada parti itu sendiri. Yang penting
mereka (ahli-ahli Umno) mesti undi BN. Apa pun perasaan yang ada di
dalam hati ahli-ahli Umno itu, pimpinan mereka tidak ambil peduli.
Bagaimana
Umno hendak mengambil tindakan kepada ahli-ahlinya yang ramai yang
mengundi pembangkang? 1.5 juta ahli Umno menyokong pembangkang dalam
pilihanraya yang lalu berapa orang yang telah di ambil tindakan?
Umno tidak
sedar yang ahli-ahli Umno itu adalah manusia bukannya haiwan belaan
dan mereka mempunyai perasaan dan maruah juga. Jika pun Umno memecat
ramai ahli-ahlinya ia menunjukkan yang Umno itu merupakan parti yang
rapoh dan lemah.
Jika pecat
memecat menjadi budaya dalam Umno ia hanya akan memberikan persepsi
yang Umno bukanlah parti yang di sayangi oleh ahli-ahlinya. Tetapi jika
Umno itu kalah dalam pilihanraya seperti yang diyakini oleh ramai,
bagaimana mereka hendak memecatnya?
Jika lah
benar Umno itu masih sebuah parti yang kuat dan di terima baik oleh
rakyat kenapa keluar kenyataan yang nyata memberikan persepsi yang Umno
itu tidak percaya kepada ahli-ahlinya sendiri.
Pimpinan
Umno sekarang mempunyai persepsi yang tidak baik kepada ahli-ahlinya
sendiri. Pimpinan-pemimpin Umno “suspect everybody and trust nobody”
terhadap semua ahli-ahlinya.
Situasi
ini sememangnya merupakan indikasi yang jelas yangUmno tidak akan boleh
bertahan dihati rakyat ramai. Kenyataan seperti yang keluar dari mulut
seorang pemimpin utama parti itu dengan sendirinya membuatkan rakyat
merasa kurang keyakinan mereka.
Kalau ahli-ahlinya sendiri tidak boleh dipercayai, tentulah yang tidak menjadi ahli itu tidak akan dipercayai oleh Umno.
Bagi ahli
Umno, jika mereka memberikan undi kepada Pakatan Rakyat seperti yang
mereka lakukan dalam PRU yang lepas mereka tidak akan mendapat apa-apa
mudharat kerana berada di dalam Umno pun tidak menjamin yang kita tidak
akan menerima mudharat akibat kelemahan pimpinan yang tidak dapat
menolak dugaan yang mereka hadapi seperti rasuah dan salahguna kuas.
Ahli-ahli
Umno sendiri berkata yang jika seseorang yang dipilih menjadi calon,
itu merupakan tiket untuk mereka membuat dan membina kekayaan peribadi.
Hendak ditegur mereka tidak akan berubah. Caranya ialah untuk menolak
calon-calon itu sebagai pengajaran yang berkuasa ialah rakyat, bukannya
mereka yang di beri mandat itu.
Menjadikan
orang ramai untuk menjadi kerbau untuk membajak sawah sahaja tidak
lagi dapat diterima ramai. Cukup-cukuplah setakat ini.
“Jika
mereka dipecat pun bukannya ada apa-apa yang hilang pun, kerana semasa
kita belum dipecat pun keadaan tidak menentu. Apa bezanya kalau
dipecat? Selama ini pun Umno tak nampak bergerak pun. Tidak lagi berada
dalam Umno pun hidup kita serupa juga,” kata seorang AJK Bahagian dari
Negeri Sembilan kepada saya.
Seorang
rakan yang menganggotai AJK Bahagian di Selangor memberi tahu saya, “By
all means, Muhyiddin can sack us and suit himself. After all Umno is
unrecognizable, bang Aspan! Dah lah! Sumbat sana bocor kat sini. Sumbat
kat sini berlubang kat sana”.— aspanaliasnet.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan