Oleh Aspan Alias |
Isu Suaram dengan tuduhan terhadapnya mendapat bantuan dana asing hebat dimainkan oleh pihak BN. Selepas ini tidak tahu apa pula yag akan dihadapi oleh Suaram dan NGO-NGO yang lain yang tidak sebulu dengan pihak yang berkuasa. Najib berkata biarkan pihak yang berkuasa melakukan penyiasatan. Katanya, lagi kurang kita bercakap lagi baik.
Tindakan berkuasa terhadap Suaram bukanlah satu isu mengejutkan kerana Suaram membuatkan ada pihak yang ‘mandi tak basah dan tidur tidak lena’ dibuatnya. Suaram ada isu yang besar yang diketengahkannya dan ia melibatkan pemimpin-pemimpin dan kroninya dalam isu komisyen pembelian Scorpene yang besar itu. Isu komisyen itu menghasilkan pembunuhan Altantuya Shaaribu, seorang wanita jelita yang dikatakan berkaitan dengan pemimpin besar negara kita.
Isu Altantuya tidak dapat tidak terpaksa dibongkar. Isu pembayaran
komisyen Scorpene dan Altantuya itu kait mengait dan kedua-dua isu itu
tidak dapat dipisahkan jika kita mahu menyiasat salah satu darinya.
Siasat satu akan melibatkan lagi satu isu dan kedua-dua isu itu
merupakan isu yang akan membabitkan tindakan jenayah pihak-pihak
tertentu yang berada di atas persada kuasa negara kita.
Jika isu penyaluran dana asing itu benar-benar salah ia mestilah ada
peruntukan yang menunjukkan yang penerimaan itu salah mengikut
undang-undang kita. Saya bukan seorang peguam dan saya tidak tahu untuk
membuat komen terhadap isu penyaluran dana asing itu.
Tetapi Suaram mesti teruskan meneliti tentang penyaluran wang rakyat
terhadap penerima rasuah dan kroni kepimpinan yang terlibat seperti yang
disebut-sebut bukan sahaja oleh kita tetapi juga oleh masyarakat
antarabangsa. Isu Scorpene dan Altantuya ini juga satu penyaluran dana
dari kantung rakyat kepada kumpulan yang tamak haloba yang sanggup
menjahanamkan wang rakyat yang bersusah-payah membayar cukai kepada
perbendaharaan negara.
Jika Suaram menghadapi isu ini, ia adalah disebabkan tindakannya untuk
membongkar penyelewengan dan jenayah negara. Malahan isu yang dibawa
oleh Suaram sehingga ke negara Perancis, negara yang membekalkan kapal
selam Scorpene itu adalah lebih penting, apatah lagi jika ia membabitkan
isu kehilangan nyawa seorang wanita yang berkait dengan pembelian kapal
selam yang suatu ketika dahulu tidak dapat menyelam itu.
Orang ramai merasakan oleh kerana ketelusan pentadbiran kerajaan
Perancis itu maka tidak ada apa-apa yang akan dilindungi dan ia akan
membolehkan kita menyelami segala isu-isu yang berbangkit tentang
jenayah yang berlaku dalam skandal besar ini.
Rakyat jangan terbawa-bawa dengan tindakan pihak berkuasa di sini
kerana tindakan terhadap Suaram itu tidak lain dari isu hendak
memalingkan pandangan dan tumpuan rakyat terhadap isu yang sangat
sensitif ini.
Kita dapati Suaram mendapat sokongan moral dari banyak NGO-NGO tanahair
kerana Suaram begitu berani untuk membongkar isu Scorpene ini hingga ke
akar umbinya. Rakyat mahu tahu apa sebenarnya yang menyebabkan isu ini
timbul dan kenapa sampai ada nyawa yang melayang kerananya.
Pembunuh kepada Altantuya telah pun mendapat keputusannya ia itu,
mereka dijatuhkan hukuman mati, tetapi apa yang tidak langsung disebut
dalam perbicaraan itu ialah ‘motive’ pembunuhan itu.
Kita mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku. http://aspanaliasnet.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan