Sabtu, 22 September 2012

Skandal Shafie-Zahida, MP Ampang Masih Tunggu Saman


KELAB GREENBOC

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menempelak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana sehingga kini tidak mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Shafie Apdal yang didakwa membiayai artis terkenal Zahida Rafik RM1.5 juta.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, SPRM perlu menyiasat perkara itu bagi memastikan Menteri dan artis tersebut tidak menggunakan wang rakyat untuk kegunaan peribadi.

“Kita masih menunggu hasil laporan tetapi malangnya tiada apa-apa yang dilakukan oleh SPRM dalam kes ini.

SPRM membisu kerana orang yang terlibat adalah Menteri di kalangan Umno BN,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.

Pada 18 April lalu, Zuraida mendedahkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu memberi hampir RM1.5 juta kepada Zahida dalam tempoh empat bulan.

Pendedahan itu dibuat susulan laporan polis oleh bekas pemandu Zahida, Noor Azman Azemi yang turut menyatakan secara terperinci semua transaksi bank sejak Oktober 2011 hingga Februari 2012.

Ekoran itu, Pada Jun lalu, Wanita KEADILAN membuat laporan menggesa SPRM menyiasat dari mana Shafie memperoleh RM1.5 juta untuk membiaya Zahida.

Mengulas lanjut Zuraida berkata, pihaknya akan menghantar memorandum kepada SPRM dalam masa terdekat bagi mendesak suruhanjaya itu memaklumkan hasil siasatan.

Dalam perkembangan berkaitan, Zuraida berkata, pihaknya tidak mendapat apa-apa maklum balas mengenai tindakan saman yang dibuat oleh Zahida dan Shafie ekoran pendedaha itu.

“Saya masih menunggu saman daripada mereka.

Setakat ini tiada apa-apa tindakan pun terhadap saya.

Saya bersedia kalau mereka nak ambil tindakan undang-undang,” tegasnya.

Zahida melalui peguamnya pada 23 April lalu menuntut supaya Zuraida berhenti membuat kenyataan media berkenaan isu berkenaan dan menarik balik kenyataan terdahulu serta meminta maaf.

Jika gagal berbuat demikian dalam masa tujuh hari, Zuraida berdepan prosiding undang-undang.

Tiada ulasan: