Wartawan Buletin
KUALA TERENGGANU
- Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, yang juga
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut menyifatkan masa
sidang Dun pada 13 Ogos, terlalu singkat dan amat mendukacitakan.
Beliau berkata, kerana masa sidang yang singkat menyebabkan banyak
persoalan serta masalah rakyat tidak dapat disampaikan kepada kerajaan.
“Rasa
tidak puas hati, dukacita dan kesal saya pada persidangan Dun
(Terengganu) kali ini kerana banyak soalan-soalan lisan Adun yang
ditolak. Saya ada tujuh soalan iaitu dua lisan dan lima bertulis,
kesemuanya ditolak.
“Dia (kerajaan) hendak susut (sembunyi)
punca sebab banyak persoalan yang tidak boleh dijawab wakil kerajaan
Barisan Nasional Terengganu ini,” ujarnya
Sehubungan itu, Adun
Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata penolakan usul
tergempar yang melibatkan perkara tertentu, kepentingan ramai dan perlu
disegerakan bukti kerajaan Umno-BN tidak mengutamakan kepentingan
rakyat.
Katanya, isu tanah kerajaan yang terlelong hampir 60 ekar
termasuk bangunan banglo, rumah teres dan bangunan kedai langsung tidak
dipedulikan.
“Ini isu besar yang melibatkan tanah kerajaan,
harta rakyat Terengganu yang terlelong kepada syarikat bukan bumiputera
tapi kerajaan BN tidak peduli.
“Tapi masa bersidang di dewan
(Undangan Negeri) sangat singkat, banyak soalan-soalan tidak terjawab
dan amat mendukacitakan kita (PAS),” ujarnya.
Manakala Adun Sura,
Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berpendapat kerajaan Umno-BN Terengganu
wajar ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Ini
kerana, katanya terlalu banyak kelemahan, kepincangan dan penyelewengan
yang berlaku dalam pemerintahan yang cuba disembunyikan.
“Kita
(PAS) hendak berbahas dan bertanya persoalan (isu) yang berlaku tidak
ada masa yang mencukupi. Buat sidang Dun Terengganu pun sekadar ‘melepas
batuk di tangga’ sahaja.
“Kesimpulannya, kita (rakyat) kena tukar
kerajaan (BN) ini untuk menyelamatkan harta negeri, harta rakyat dan
harta negara,” tegasnya.
Menurutnya, banyak persoalan di Dungun yang tidak terjawab dengan baik dan mengelak dari menjawab dengan tepat.
Sepatutnya,
kata Ustaz Wan Hassan, pada bulan Ramadan ini kerajaan perlu bersikap
terbuka dan berlapang dada mendengar permasalahan rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan