Dalam kenyataan kepada Bernama, beliau berkata YouTube, bagaimanapun, dilihat seolah-olah tidak peduli dengan kekecohan dan bantahan di negara-negara Islam.
Video itu yang dimuat naik ke YouTube baru-baru ini, telah mencetuskan bantahan besar-besaran di kalangan umat Islam berikutan ia memberikan gambaran negatif mengenai Islam.
Menyatakan langkah mengeluarkan video itu dari YouTube tidak "termasuk dalam keupayaan teknikal kami", Rais berkata dalam keadaan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertanggungjawab daripada segi undang-undang untuk mengambil langkah sesuai dan pencegahan untuk menyekat kandungan video itu daripada boleh diakses di Malaysia.
"Berikutan memuncaknya bantahan dan kecaman yang berlaku seperti di Timur Tengah, dan Malaysia sebuah negara Islam, kita perlu sekurang-kurangnya memainkan peranan mencegah dan pada masa yang sama menggesa umat Islam di dalam negara supaya terus tenang," katanya.
Sementara itu di KUALA LUMPUR, SKMM telah meminta kerjasama dengan pihak luar negara agar kandungan filem itu tidak dapat diakses di Malaysia.
Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, suruhanjaya itu telah mengambil tindakan segera apabila filem yang menghina Nabi Muhammad SAW itu mendapat kecaman dari seluruh umat Islam di dunia.
"Kandungan filem itu di luar negara, jadi pihak luar sedang membantu kita, dari segi teknikal ia memerlukan masa," katanya kepada Bernama ketika dihubungi malam ini. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan