Khamis, 20 September 2012

Penamaan calon pilihan raya kampus UM berlangsung

Wartawan Sinar Harian

Penamaan calon pilihan raya kampus UM berlangsung
Sebahagian penyokong yang menemani calon yang datang untuk mengemukakan borang penamaan calon pilihan raya kampus Universiti Malaya hari ini. 
 
KUALA LUMPUR - Proses penamaan calon pilihan raya kampus - Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM) sesi 2012/2013, yang sepatutnya diadakan awal tahun ini, sedang berlangsung di Kompleks Perdana Siswa pusat pengajian tinggi itu.

Pemilihan kerusi Umum kali ini menggunakan sistem baru iaitu pembahagian kerusi umum mengikut zon iaitu Zon 1, Zon 2, Zon 3, Zon 4 dan Institut Pengajian Siswazah.

Keputusan rasmi bagi senarai muktamad calon yang layak bertanding dijangka dipaparkan di laman web pelajar atau laman web Pemilihan MPP selepas jam 8 malam ini.

Proses penamaan calon berlangsung dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari manakala masa bantahan 12 tengah hari hingga 2 petang. Rayuan dibenarkan dari 3.30 petang hingga 5 petang.

Tiada ulasan: