
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi bayangan terbaru hari ini –
kali ini di Kelantan – mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)
yang menjadi bahan spekulasi sejak awal tahun lalu.Najib yang juga
Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, beliau “sudah mahu”
mengumumkan tarikh PRU13 yang dinanti-nantikan banyak pihak.
”Ambo rasa
nak umum pilihan raya dah. Pilihan raya ini sebenarnya untuk apa. Ini
adalah untuk masa depan kita,” katanya dipetik Bernama hari ini.
Beliau
berkata demikian pada Majlis Jom Beraya Bersama Perdana Menteri di
Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah di sini, hari ini. Najib turut
meluangkan masa menghadiri jamuan Aidilfitri di Besut hari ini.
Hujung
bulan lalu, ketika berucap di Baling, Kedah, Najib secara berseloroh
berkata, beliau sudah ada semangat untuk membubarkan Parlimen – bagi
membuka laluan kepada PRU13, yang pertama bagi beliau selaku Perdana
Menteri dan Pengerusi BN.
“Semangat
nak bubar Parlimen… tengoklah dulu,” kata beliau di akhir ucapannya
ketika merasmikan mesyuarat perwakilan berkumpulan enam bahagian Umno
Selatan Kedah di Kompleks Rakan Muda Baling.
Sebelum ini ramai meramalkan bahawa PRU13 akan diadakan Jun atau awal Julai lalu sebelum bermulanya bulan Ramadan.
Bagaimanapun spekulasi terbaru selepas 1 Syawal menunjukkan ramai meramalkan PRU13 akan diadakan November ini selepas pembentangan Bajet 2013 pada 28 September ini.
Bagaimanapun spekulasi terbaru selepas 1 Syawal menunjukkan ramai meramalkan PRU13 akan diadakan November ini selepas pembentangan Bajet 2013 pada 28 September ini.
Pun begitu ada yang menjangkakan ia hanya akan dipanggil selepas Februari depan.
Najib selaku Perdana Menteri mempunyai budi bicara untuk membubarkan Parlimen dengan memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Di Stadium
Nasional juga, pada 11 Mei lalu, Najib menyampaikan ucapan dengan
berseloroh bahawa “rasa-rasa esok saya hendak menghadap Yang di-Pertuan
Agong (untuk mendapatkan perkenan)… adakah kita sudah bersedia, sudah
bersedia, sudah bersedia?”
Dalam pada
itu, Najib yang juga Presiden Umno berkata, perjuangan memartabatkan
Islam di negara ini yang diperjuangkan parti itu adalah di landasan
yang tepat dan mendapat pujian daripada pemimpin negara-negara Islam
lain.
Perdana Menteri berkata, ia tidak seperti Islam yang diperjuangkan pembangkang terutama Pas yang menggunakan Islam terutama hukum hudud semata-mata untuk berkempen semasa musim pilihan raya.
“Mesir
kata Malaysia telah menjadi model negara Islam. Percayalah kita di
landasan yang betul. Kita janji apa? Kita janji negara maju 2020, Janji
Ditepati.
“Ambo
(saya) ingin melihat angin perubahan di Kelantan. Islam sebagai satu
model. Kita juga bawa perjuangan Islam, kita tidak mahu Islam yang mana
hudud dijual sebagai model pilihan raya.
“Haji Hadi
(Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) kata apa, fajar
menyingsing, ayam berkokok kita akan laksanakan hudud. Ayam itu pun dah
mati dan tua,” katanya.
Turut
hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr
Awang Adek Hussin dan Ketua Umno Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan
Yaakub.
Kira-kira 30,000 rakyat berbilang kaum hadir pada majlis itu yang merupakan lawatan pertama Najib ke Machang.
Beliau
turut memuji langkah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat yang tidak menyokong langkah pihak tertentu baru-baru ini yang
bertindak biadab ketika mengadakan satu perhimpunan yang disokong
pembangkang di ibu negara baru-baru ini.
“Ambo ucap terima kasih dan menulis surat pada Nik Aziz atas perkara itu,” katanya.
Najib
berkata, ia jelas menunjukkan Nik Aziz juga tidak menyokong langkah
yang keterlaluan seperti sanggup memijak poster, menunjuk punggung dan
membawa bendera baharu bagi menggantikan Jalur Gemilang seperti itu.
Mengulas
mengenai Kelantan, Najib berkata, segala kemahuan rakyat negeri ini
akan dimasukkan dalam manifesto dan akan memperjuang perkara itu
apabila Barisan Nasional menang pada pilihan raya umum nanti.
“Kita
masukkan apa sahaja yang rakyat Kelantan mahukan dan kita akan pastikan
perkara itu satu janji yang ditepati apabila BN memerintah nanti,”
katanya.
Perdana
Menteri juga kagum dengan semangat rakyat beberapa negeri terhadap
sambutan program Umno dan BN yang menunjukkan rakyat memberikan
sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan