Sabtu, 1 September 2012

Janji Demokrasi: Era Umno Bolot Raikan Merdeka Berakhir





KUALA LUMPUR : Berbeza dengan sambutan ambang merdeka tahun-tahun sebelumnya, sambutan ambang merdeka ‘Janji Demokrasi’ yang diadakan di Dataran Merdeka malam tadi turut disertai oleh semua kaum dari pelbagai peringkat umur.

Sebelum ini, setiap kali sambutan ambang kemerdekaan diadakan, kebanyakan orang ramai yang hadir adalah terdiri daripada hampir 90 peratus adalah orang Melayu khususnya golongan remaja yang ingin menyaksikan persembahan hiburan artis kegemaran mereka.

Manakala sambutan disebelah paginya pula, kebanyakan warga berbangsa India dan Cina yang hadir hanya semata-mata kerana terlibat dalam acara yang dipersembahkan.

Menurut seorang pelajar berbangsa Cina penuntut tahun dua di Universiti Lim Kok Wing yang tidak mahu namanya disebut, sebelum ini sambutan kemerdekaan dilihat sebagai salah satu acara menaikan imej Umno di mata rakyat negara ini.

“Sebab itulah bila hari merdeka, selalunya berkisar tentang pemimpin Umno sahaja.

“Kali ini lain, saya dan kawan-kawan betul-betul dapat rasakan semangat kemerdekaan negara Malaysia, bukan meraikan mana-mana parti politik,” kata beliau sambil disokong oleh beberapa rakan beliau yang turut serta meraikan sambutan ambang kemerdekaan malam tadi.

Manakala bagi kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hanan pula, meskipun tiada acara hiburan diadakan ia masih mampu menarik ribuan hadirin yang jelas ingin menyampaikan mesej bahawa rakyat negara ini mahu merdeka dari cengkaman 55 tahun di bawah pemerintahan Umno-BN.

“Cina dan India bukan tidak sayangkan negara Malaysia, bukan tak mahu meraikan, tetapi mereka melihat sambutan anjuran kerajaan hanyalah acara memertabatkan Umno sebab itu malam ini kita lihat selain ramai Melayu, Cina dan India juga ramai dengan pelbagai lapisan umur.

“Jadi kita tak perlukan hiburan, bunga api dan sebagainya dengan semua datang tanpa di bayar.
“Saya dengar orang yang datang besok pagi ada hadiah kereta dan bermacam lagi.

“Malah bagi sesetengah kakitangan kerajaan mereka terpaksa hadir dan kita juga tahu berpuluh-puluh bas disediakan oleh kerajaan,” kata Tunku Harmy ketika ditemui TVS malam tadi.

Tiada ulasan: