KEADILAN DAILY
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) sebuah organisasi bukan kerajaan yang diasaskan sejak 1989. Perjuangan yang bermula dengan isu ISA (Operasi Lalang) sehinggalah menjalar ke segenap sudut isu hak asasi. Kini SUARAM menjadi antara organisasi bukan kerajaan paling kedepan dalam banyak isu.Namun setelah SUARAM mula beberapa tahun lepas membawa isu pendedahan skandal persenjataan negara iaitu isu berkaitan pembelian Scorpene sehingga ke Mahkamah Peranchis, kelihatan media dan perbagai aparat regim mula fokus menyerang SUARAM.
Pendedahan SUARAM yang bersungguh sehingga membongkar isu scorpene bukan sahaja isu rasuah komisyen yang menjahanamkan wang rakyat tetapi turut melibatkan isu pengkhianatan penjualan maklumat ketenteraan negara seterusnya telah benar-benar mengancam pemimpin utama negara yang jelas punya peranan. Pendedahan bukan sekadar maklumat dengar dan cakap tetapi turut melibatkan dokumen.
Respon daripada itu aparat Regim mula memberikan tekanan kepada SUARAM. Bermula dengan isu pendaftaran SUARAM, akaun hinggalah sumbangan dari luar.
Pendaftaran SUARAM di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bukan satu benda baru, kenapa kini baru menjadi isu besar. Banyak lagi organisasi bukan kerajaan memilih bergerak di bawah SSM bukan pendaftar pertubuhan. Regim perlu sedar perkara ini berlaku kerana terlalu banyak sangat birokrasi dan campur tangan tekanan politik boleh berlaku jika bergerak dibawah pendaftaran pendaftar pertubuhan.
Pendaftaran antara sebab utama ialah rekod bukan alat kawalan tetapi apabila pendaftaran di bawah pendaftar pertubuhan dijadikan sebagai alat kawalan regim maka jangan salahkan jika banyak organisasi memilih untuk bergerak dengan cara pendaftaran alternatif. Rasanya regim juga sedar perkembangan ini kerana kita punya banyak bukti dan rekod, dalam banyak perkara dan acara regim bekerjasama dengan organisasi yang berdaftar hanya menggunakan SSM. Jika itu salah mana mungkin kerjasama langsung ataupun tidak langsung ini berlaku.
Tiba-tiba untuk menutup isu pendedahan korupsi Kapal Selam yang didedahkan termasuk penjualan maklumat ketenteraan kepada pihak asing, SUARAM diserang di media utama negara sebagai alat asing semata-mata menerima dana dari luar.
Nampak sangat regim panik dan ketandusan isu berdepan SUARAM. Amat bukan asing organisasi bukan kerajaan di seluruh dunia mendapat bantuan dana dari luar khususnya dari negara kaya dan maju. Bantuan dan dana juga datang dari badan korperat, yayasan besar dunia dan perbagai bentuk lagi secara langsung mahupun tidak langsung.
Maka sudah tentu SUARAM yang pasti tidak mendapat dana dari regim tidak terasing untuk menerima dana asing. Dalam era ‘globalisasi’ ini dunia makin hilang nilai sempadan sebaliknya aspek kebersamaan nilai menjadi elemen penting dalam mengikat kerjasama dunia.
Mendapat dana dari luar merupakan bukti alat atau agen asing ialah satu tuduhan yang amat dangkal. Regim sendiri sudah tentu sedar bahawa banyak organisasi termasuk yang pro regim turut menerima dana dari pada pihak luar.
Banyak program yang turut melibatkan kementerian juga menerima dana asing secara langsung mahupun tidak langsung. Tahu atau tidak mengikut rekod beberapa organisasi yayasan besar luar negara turut merekodkan bahawa parti komponen Bn turut terlibat mendapat dana dari organisasi asing, ini bukanlah satu kesalahan atau pelik cuma cara hipokrasi regim seolah menjadikan perkara ini asing dan amat salah.
Khususnya dalam negara yang mengamalkan konsep kapitalisme (pasaran terbuka) mana mungkin menyekat dan mengasingkan dana luar.
Yang salah ialah usaha menjual syarikat berkepentingan negara kepada pihak asing. Rakyat seharusnya tidak melupakan penjualan kepentingan BERNAS, Telekom dan banyak syarikat negara kepada pihak asing. Mengapa pemimpin regim diam, mungkinkah kerana mereka ada keuntungan dari itu ? Yang lebih dasyat ialah mereka yang rapat dengan Perdana Menteri yang terlibat menjual rahsia ketenteraan negara dalam proses pembelian scorpene, ini juga didiamkan. Adakah kerana ia rapat dengan Perdana Menteri atau pimpinan regim sendiri berkongsi keuntungan tersebut?
Tahu atau tidak kita di Malaysia ini ada organisasi bukan kerajaan yang beroperasi untuk menjalinkan hubungan negera ini dengan Israel dan menerima dana asing. Organisasi ini bergerak dan punya laman internetnya sendiri dan tidak berselindung. Mustahil regim tidak mengetahuinya dan ia didiamkan kerana ia bersesuaian dengan kepentingan regim.
Kaitan Soros menjadi punca ketakutan? Soros seorang ahli perniagaan dunia berbangsa Yahudi yang menjadi porpular kerana krisis kewangan negara era 1997. Semenjak itu masyarakat disumbat dengan presepsi seolah negara perlu bermusuh dengan Soros. Tahu atau tidak beberapa tahun lepas Soros ini diterima baik di dalam negara dan ramai pemimpin parti penguasa dan pembangkang menemui beliau sebagai sahabat termasuk Tun Dr Mahathir sendiri.
SAMM menyatakan solidariti bersama SUARAM dan akan jelajah seluruh negara kait isu Kapal Selam.
Hakikat sebenarnya ialah SUARAM diserang bukan kerana pendaftaran atau dana asing tetapi SUARAM diserang kerana isu pendedahan penyelewengan scorpene. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan solidariti bersama SUARAM.
Isu scorpene ini cukup merimaskan regim penguasa. SAMM melihat isu ini amat penting. SAMM sedang dalam peringkat akhir untuk menjalinkan hubungan bersama SUARAM dan pasukan peguam kes tersebut bagi merangka satu program jelajah negara bagi menjelaskan isu ini.
Yakinlah kes ini akan memberikan kesan besar pada regim dan SAMM mengajak anak muda dan semua bersama dalam satu program kempen seluruh negara yang akan diumumkan dalam masa terdekat ini dan kita akan bersama membuktikan regim telah membuat kesilapan besar dengan menyerang SUARAM dengan cuba menyumbat persepsi salah kepada rakyat. Najib perlu ingat Menteri Propaganda kamu Rais Yatim sudah terlalu tua dan tidak kreatif lagi, mungkin dia berjaya perbodoh rakyat semasa isu Memali tetapi kali ini maklumat sudah dihujung jari.
Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard)
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan