KUALA LUMPURt — Pembangkang melihat tindakan Putrajaya
sengaja melengah-lengahkan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2011,
yang sepatutnya dibentangkan serentak ketika pembentangan Bajet 2013
pada Jumaat, 28 September ini adalah satu cubaan untuk mengelakkan
pemimpin pembangkang merujuk kepada laporan audit berkenaan ketika
pembentangan bajet.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan adalah sangat “tidak wajar” kerana beliau melihat tindakan itu sebagai taktik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno mengalihkan kesempatan ahli Parlimen membahaskan laporan kewangan tersebut.
“Ini sangat tidak wajar, kerajaan cuba alih kesempatan ahli Parlimen bahas laporan kewangan tersebut.
“Laporan itu sangat penting, ia menilai prestasi kewangan yang dikeluarkan Ketua Audit Negara,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Parlimen hari ini.
“Ini adalah taktik Umno-BN untuk elak ahli Parlimen melihat (laporan audit) ini dan menangguhkannya sehingga selepas belanjawan dibentangkan,” kata ahli Parlimen Permatang Pauh ini lagi.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menegaskan
laporan audit itu juga sengaja dilewatkan kerana kerajaan cuba menutup
kelemahan tadbir urus negara.
Ahli Parlimen Gombak ini menegaskan, dengan melengah-lengahkan pembentangan laporan berkenaan, kerajaan jelasnya cuba untuk mengalihkan pandangan ahli parlimen daripada melihat fakta yang akan dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.
“Laporan audit itu perlu keluar serentak dengan pembentangan bajet... kerajaan sengaja (ingin) menutup kelemahan dengan lengahkan bentang Laporan Ketua Audit Negara 2011, kata Azmin lagi.
“Pihak kerajaan cuba tutup kelemahan dan salah guna kuasa kerana biasanya Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan pada hari pembentangan bajet negara untuk membolehkan ahli Parlimen mengunakannya sebagai asas perbahasan di Dewan Rakyat.
“Maknanya kerajaan cuba alih pandangan ahli Parlimen daripada melihat fakta, laporan ini penting, kita tak mahu bahas dengan tuduhan tidak berasas,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen di sini.
Jelas Azmin, laporan audit berkenaan akan mendedahkan sama ada prosedur kewangan negara dilaksanakan dengan betul atau terdapat salah guna kuasa, justeru beliau mempersoalkan tindakan kerajaan melengah-lengahkan pembentangan berkenaan.
“Saya lontarkan pertanyaan kepada (Datuk Seri) Nazri (Aziz) kenapa ini berlaku, kerana ia dilihat ada agenda tersembunyi sedangkan kerajaan yang. melaungkan ingin melakukan transformasi perlu lebih terbuka dan tidak menggunakan alasan untuk tutup kelemahan dan penyelewengan pada tempoh kewangan tahun lalu,” tegasnya lagi.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata kepada pemberita dokumen itu hanya akan dibentangkan di Dewan Rakyat “seminggu hingga dua minggu” selepas pembentangan Belanjawan Jumaat.
“Laporan itu sudah siap. Namun, ia tidak akan dibentangkan di Dewan Rakyat serentak (dengan Belanjawan 2013) kerana laporan audit ini akan mempunyai lebih banyak berita daripada belanjawan.
“Jadi, apa yang akan kita laksanakan adalah laporan audit ini akan dibentangkan seminggu dua kemudian namun masih ada masa lagi untuk ahli Parlimen bahaskannya,” kata ahli Parlimen Padang Rengas itu lagi.
Laporan Ketua Audit Negara biasanya akan dibentangkan bersama-sama dengan belanjawan namun kerajaan telah melengahkannya tahun lalu, walaupun terdapat bantahan dan protes daripada pemimpin pembangkang.
Skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) juga turut didedahkan melalui laporan audit tersebut yang mana turut mengaitkan suami dan keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan