Aslani M, |
KOTA BHARU:
Seorang blogger mesra Umno, Wan Mohamad Shukri Wan Yusof kini berdepan
penghakiman engkar apabila tidak hadir pada prosiding kes saman Yang
Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamad (gambar) terhadapnya.
Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata ketika prosiding kes berlangsung semalam di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nariman Badruddin tiada notis kehadiran dan pernyataan pembelaan difail defendan.
Katanya, disebabkan keengkaran tersebut Mahkamah Tinggi menangguhkan kes terbabit kepada 1 Oktober bagi membolehkan peguam Mohd Apandi memfailkan permohonan penghakiman engkar.
“Pada prosiding semalam defendan tidak hadir dan tiada peguam yang hadir mewakilinya, manakala plaintif diwakili peguam Farah Helmy,” katanya di sini.
Defendan dipercayai pemilik blog http://www.kelatekito.net/ memaparkan tulisan bertajuk “YDP PAS Jeli samun tanah rakyat” yang diterbitkan pada 8 November 2011.
Blogger terbabit juga menulis “terbaru hasil siasatan dan maklumat dalaman, kelatekito.net mendapati Yang Dipertua Pas Jeli telah mendapat tanah seluas 362.75 ekar di mukim Kuala Pahi, Kuala Krai untuk dibahagikan dengan empat lagi sahabatnya.”
Mohd Apandi dalam writ samannya menyebut tulisan tersebut tidak benar sama sekali yang bertujuan memburuk-burukkannya sebagai pimpinan PAS.
Katanya, tulisan itu juga dengan maksud menuduh plaintif sebagai seorang yang tamak, tidak jujur dan menipu rakyat.
Ekoran itu plaintif melalui peguamcara mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut dipadamkan artikel terbabit serta memohon maaf secara terbuka.
Selain itu membayar gantirugi yang amat minimal kepada plaintif, namun defendan enggan memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi.
Mohd Apandi menuntut defendan mengiklankan permohonan maaf tersebut dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu.
Blogger terbabit juga dituntut membayar gantirugi sebanyak RM1 juta kepada plaintif bagi perbuatan fitnah yang disiarkan dalam ruangan blog defendan.
Turut dituntut gantirugi teladan, gantirugi melampau, gantirugi punitif dan injunksi menghalang defendan atau ejen menerbit kenyataan-kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif.
Defendan beralamat di 876, Kampung Jelutong, Kota Bharu, Kelantan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan