SHAH ALAM : Pakatan Rakyat (PR) hari ini memaklumkan bahawa gabungan parti politik itu tidak mempunyai kaitan dengan laman blog http://suarapakatanrakyat.com/ .
Dalam satu kenyataan media bersama hari ini Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengarah Publisiti DAP Pusat, Tony Pua dan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata PR ingin menyatakan bahawa kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam laman tersebut tidak melambangkan dasar atau kedudukan politik parti-parti komponennya.
“PR turut mengesyorkan agar pengendali laman web tersebut memikirkan semula rencana bertajuk ‘Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak’ yang menyentuh soal tarian sumazau di Sabah agar lebih sensitif terhadap pandangan, fahaman dan cara hidup warga Sabah terutamanya yang berketurunan Kadazandusun,” kenyataan itu dipetik.
Sebelum ini, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan partinya tidak mempunyai kaitan dengan blog tersebut sambil menambah ini adalah percubaan perang saraf menentang PR.
5 ulasan:
Mula menafikan..Jadi sebelum ini yang mana asyik mengutuk Kerajaan itu memang Blog PR lah. Tapi bila ada yang tersalah tulis mula tidak mengaku itu milik sendiri.
Memang pengecut dan penakut PR ini. Menafikan sesuatu yang pasti. Sudah-sudahlah PR. Salah sendiri maka mengaku saja tidak perlu menafikannya lagi.
bayausbh.blogspot.com
jika blog kutuk kerajaan, msti pembangkang punya.
Tidak kiralah blog siapa tapi kalau sudah sampai mahu menghina tu memang kurang ajar. Sengaja mahu buat provokasi.
"pemimpin2 Pakatan sibuk menafikan bahawa blog ini bukan milik mereka dan bukan dipihak mereka, sebaliknya mereka menuduh bahawa blog ini milik umno yang kononnya menggunakan nama Pakatan. Jika benarlah tuduhan mereka ini bahawa blog SPR dikendalikan oleh pihak pro umno atau kerajaan, bagaimana boleh wujud pautan(link) dengan blog PR yang lain seperti Keadilan Daily, Suara Keadilan, Roket kini dan sebagainya?? malah blog ini telah beroperasi setahun, tetapi tidak ada pula pemimpin-pemimpin Pakatan menafikan bahawa blog ini bukan milik mereka."
Borneo Bullet
Catat Ulasan