Ahad, 2 September 2012

Bilik hotel Anwar didakwa cuba dipecah masuk

Wartawan Sinar Harian

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
 
KOTA BHARU - Selain bas yang digunakan PKR disimbah cat dan cermin depan dipecahkan awal pagi, bilik hotel penginapan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa cuba 'dicereboh' pihak tertentu.

Ketua Pembangkang itu berada di sini sempena ceramah anjuran parti tersebut.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman berkata, pihaknya mendapat maklumat itu ketika mengadakan pertemuan dengan Anwar pagi tadi.

"Kita cukup kesal dengan kejadian yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap berkuasa mengambil tindakan tegas," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Bagaimanapun belum jelas motif dan bagaimana cubaan ceroboh itu dilakukan.

Sehubungan itu kata Azihan, pihaknya akan membuat laporan  polis di sini.

Tiada ulasan: