Sabtu, 15 September 2012

Bekas bendahari Umno Sabah isytihar sertai KEADILAN

KEADILAN DAILY

LABUAN : Bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin yang turut terlibat dalam membawa masuk parti itu ke negeri berkenaan, hari ini membuat pengumuman menyertai KEADILAN.



Ia dibuat depan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin utama parti itu pada satu majlis Kampung Batu Arang di sini, kira-kira jam 3.30 petang ini.

Pengumuman itu pasti memberi tamparan hebat terhadap Umno BN selepas Ahli Parlimen Beaufort, Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing mengisytihar menyokong Pakatan Rakyat.

Ibrahim adalah Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah antara Februari 2002 hingga Mac 2004 dan kini, adalah Pengerusi Suria Capital Holdings Berhad, Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Perhutanan Sabah dan Pengerusi Amanah Perbualan Borneo.

Beliau juga adalah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif untuk Sapura Kencana Petroleum bermula 9 Mac 2012 dan Lembaga Pengarah SapuraCrest sejak 22 November 2007.

Ibrahim memulakan kerjaya di Perkhidmatan Awam Negeri Sabah sebagai Ketua Akauntan Sabah dari 1976 hingga 1979.

Pada 1980, Ibrahim menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Dana Pelaburan Bumiputra Sabah sehingga 1985.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Sabah Gas Industries Sdn Bhd, Timbalan Pengerusi Sabah Forest Industries Sdn Bhd dan Ahli Lembaga Kerajaan perbadanan yang terlibat dalam kewangan, perhutanan, pembuatan, perladangan, hotel dan pembangunan hartanah.

Ibrahim juga pernah dilantik sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC) dari Mac 1986 hingga 31 Oktober 2001.

Beliau merupakan Pengerusi Malaysia Smelting Corporation Berhad dari Oktober 1985 hingga Oktober 2001, selain menjadi Pengerusi Borneo Conservation Trust (BCT) sejak 30 November 2009.

10 ulasan:

Unknown berkata...

Terpulang dengan pilihan sendiri untuk menyertai mana-mana parti pun. Setiap orang mempunyai andaian dan pandangan tersendiri.

Unknown berkata...

Begitu juga dengan kes Lajim sebelum ini. Tapi jika Lajim ada sebab yang menarik beliau untuk keluar BN. Tawaran diberikan lebih tinggi oleh PR.

Unknown berkata...

Apa saja keputusan yang diambil, diharap ia bukan atas sebab untuk mengejar kepentingan sendiri saja.

Unknown berkata...

Semoga tiada lagi yang akan keluar parti lepas ni.

mantera berkata...

biarlah dia sertai PKR. itu keputusan dia.

mantera berkata...

dia keluar tak beri kesan pn pada UMNO.

Unknown berkata...

Sudah kaya baru mahu keluar dari BN?

Unknown berkata...

BN tetap kukuh dan masih mendapat sokongan rakyat.

Mumbai berkata...

"Tan Sri Ibrahim Menudin yang turut terlibat dalam membawa masuk parti itu ke negeri berkenaan, hari ini membuat pengumuman menyertai KEADILAN."

dulu dia bawa masuk umno, sekarang dia bawa masuk Pakatan pula.. boleh trust ka pemimpin macam ini??

Mumbai berkata...

sudah ada title"bekas" baru mahu lompat? calon pilihanraya sudah diputuskan, baru dia mahu lompat?

bukankah ini menunjukkan belia mempunyai agenda lain yang bukan untuk kepentingan rakyat??