Sabtu, 15 September 2012

Anwar desak AS ambil tindakan

Wartawan Sinar Harian

Anwar_Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim 
 
SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) membantah sekeras-kerasnya penerbitan filem menghina Islam dan Rasulullah SAW serta mendesak Amerika Syarikat mengambil tindakan ke atas individu yang menerbitkannya.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, filem tersebut telah membangkitkan kemarahan umat Islam dan seluruh pemimpin dunia harus dengan tegas mengutuk perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

“Satu garisan perlu bagi memisahkan kekufuran dan penghinaan dengan kebebasan bersuara. Amerika Syarikat perlu menunjukkan bahawa kebebasan ini tidak dicabul untuk membangkitkan semangat kebencian,” katanya.

Katanya, tindakan demonstran di Benghazi, Libya yang membunuh Duta Amerika Syarikat ke negara itu juga perlu dikutuk sekeras-kerasnya kerana ia satu tindakan keganasan melampau dan terburu-buru.

“Jelas bahawa dalang di sebalik filem ini mahu membangkitkan sentimen kebencian di antara agama untuk mewujudkan kebencian dan kemusnahan.

“Filem ini bukan sahaja provokasi kepada umat Islam, malah kepada semua agama dan alasan bertindak ganas kerana filem ini tidak boleh diterima,” katanya.

Tiada ulasan: