Selasa, 11 September 2012

65.95 Peratus Warga Ijok Mahu Kerajaan Negeri PR Selangor Kekal




SHAH ALAM -  Sejak pentadbiran negeri bertukar tangan kepada Pakatan Rakyat(PR) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke -12 lalu, serangan demi serangan mula dihalakan kepada Kerajaan Negeri yang dipimpini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pelbagai cara dibuat untuk menampakkan kelemahan Abdul Khalid sehinggakan beliau didakwa sudah tidak mendapat sokongan daripada masyarakat di DUN Ijok yang diwakilinya sendiri.

Bagi mendapat gambaran sebenar wartawan mengambil inisiatif turun sendiri ke Ijok bagi menemui penduduk daan mendapatkan maklum balas sendiri berhubung pandangan mereka terhadap Abdul Khalid sebagai wakil rakyat kawasan mereka dan prestasi Kerajaan Negeri pimpinannya.

Menurut laporan tinjauan rambang itu, meskipun Kerajaan Negeri tidak putus dihujani serangan, 65.95 peratus masyarakat Ijok mendakwa berpuas hati dengan prestasi Kerajaan Negeri yang ada sekarang dan mahukan Kerajaan Negeri semasa kekal mentadbir Selangor,

Manakala sebanyak 27.65 peratus pula menyatakan tidak berpuashati dan mahukan BN kembali mentadbir Kerajaan Negeri dan 6.38 peratus lagi menjawab tidak pasti.

Sementara itu, dalam laporan kaji selidik sama, sebanyak 55.31 peratus turut berpuashati dengan prestasi Adun Ijok iaitu Abdul Khalid sendiri berbanding 31.91 peratus tidak berpuas hati dan 8.51 peratus lagi tidak pasti.

Kajian tersebut juga mendapati sokongan tertinggi terhadap Kerajaan Negeri di DUN Ijok adalah dari kaum Melayu diikuti kaum Cina dan India.

Selain itu, seramai 40 responden berjaya menjawab dengan tepat, PKR merupakan parti peneraju Kerajaan Negeri Selangor berbanding lima responden yang masih percaya BN masih lagi mentadbir dan dua tidak pasti.

Tinjauan pendapat dalam laporan ‘Kaji Selidik Sokongan Masyarakat DUN Ijok Terhadap Kerajaan PR Selangor’ yang dijalankan oleh wartawan TVS itu di buat secara rambang dengan melibatkan seramai 47 orang responden dari pelbagai latar belakang kaum, sektor perkerjaan dan sosio ekonomi sebagai sampel kajian.

1 ulasan:

Roslan Alan berkata...

salam...

pergi ke layout...

kat kolom HTML Javascript (salah satu dalam kekotak)...

buang benda ni...


http://semicyber.blogspot.com/2012/05/how-to-remove-username-and-password-are.html