ANUMANTHAN A/L MUNIANDY |
POLEMIK
antara Chong Su Li yang mewakili Kumpulan Pejuang Kebenaran Sabah
dengan '3 Keling' menarik perhatian saya berhubung tidak relevannya
Kongres India Malaysia (MIC) ditubuhkan di Sabah; apatah lagi pengakuan
jujur Presiden MIC, Datuk G. Palanivel bahawa hampir 40 peratus daripada
700,000 ahli MIC belum berdaftar sebagai pengundi.
Teguran Naib Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan, melalui artikel di Sabahkini.net bertajuk 'MIC Parti Haram Di Sabah'
mendedahkan sebahagian besar ahli MIC di Sabah adalah ‘Ahli Hantu’ atau
tidak wujud kerana jumlah penduduk India di Sabah boleh dikira dengan
jari dan hairan kenapa MIC boleh ditubuhkan di Sabah.
Kata
Zainuddin, pendatang asing daripada India yang mendapat IC Projek dan
IC Palsu majoritinya adalah ahli UMNO dan MIC terpaksa mencipta ahli
hantu bagi membolehkan mereka menubuhkan cawangan dan bahagian di Sabah
dengan 'Izin' Pendaftar Pertubuhan Malaysia kerana sebelum ini UMNO
telah menggunakan modus operandi yang serupa pada 1991-1993.
Kenyataan
Zainuddin memang berasas kerana mengikut Banci Penduduk 2010, bilangan
penduduk India di Sabah hanya 12,004 orang sahaja dan daripada jumlah
tersebut hanya 6,886 sahaja yang layak menjadi ahli dan mengundi kerana
bakinya, 5,118 adalah di bawah umur.
Apakah
6,886 orang India boleh menubuhkan satu Badan Perhubungan Negeri yang
diketuai V.Jothi sejak lebih 15 tahun lalu sedangkan 90 peratus daripada
India berkenaan telah menjadi ahli UMNO dan KIMMA secara automatik
sebaik sahaja mereka mendapat MyKad kerana bangsa mereka ditukar kepada
'Melayu' atau 'India Muslim' sekalipun 'beragama Hindu!'.
Saya
terkilan kerana V.Jothi sanggup memperdaya Kerajaan Negeri Sabah dengan
menggunakan 'Paria' dari India dan 'Ahli Tidak Wujud' di Sabah sebagai
'Modal Politik' untuk membolehkan 'MIC' mendapat 'kuota' jawatan, agehan
ekonomi dan suaka politik.
Sebagai
contoh, ahli MIC di Silam tidak sampai 100 orang dan saya hairan
bagaimana MIC boleh ditubuhkan dan mempunyai kuota dalam Majlis Daerah
serta mengusahakan Kolej Haram iaitu Kolej Tiram.
Memang
agak jelek dan memalukan jika V.Jothi dengan muka tidak tahu malu
mengarahkan Ketua Pemuda MIC Sabah, Taren Sunil Manoharan meminta
jawatan Senator dan Adun untuk MIC; apatah lagi kewujudan mereka di
Sabah tidak menambah dan ketiadaan mereka tidak mengurangkan populariti
BN.
Sebagai
Pengerusi MIC Sabah, V.Jothi sepatutnya membela nasib rakyat Malaysia
berketurunan India yang diundang dari Semenanjung Malaysia ke Sabah di
bawah 'Program Untuk Kemajuan Ba!' sekitar 1960-an mendapatkan taraf
penduduk tetap dan dokumen pengenalan diri.
Malangnya
walaupun kehadiran mereka diterima secara sah dan melalui perjanjian
dengan Lembaga Kumpulan Wang Migrasi dijadikan enakmen pada 25 Ogos 1966
dan diwartakan melalui P.U.319 di bawah Seksyen 55 dan 121 Ordinan
Buruh Sabah, namun janji untuk memberikan mereka 'Taraf Penduduk Tetap'
(PR) umpama janji 'Bohjan' kepada 'Bohsia'.
Sebaliknya
Kerajaan Negeri Sabah di era Osu Sukam telah mendesak agar 'Pelarian
Perang' daripada Filipina yang menghuni semua penempatan pelarian di
Sabah yang sebelum ini menggunakan IMM13 diberikan 'Taraf Penduduk
Tetap' dan mereka menikmati keistimewaan tersebut sehingga ke hari ini.
Manakala
rakyat Malaysia berketurunan India terus di 'Paria'kan oleh V.Jothi
yang langsung tidak mempunyai 'Political Will' untuk menyelesaikan
masalah dokumentasi mereka yang berlarutan sejak hampir 50 tahun lalu.
Berbanding
Warga India daripada India yang mendapat kerakyatan songsang dalam masa
antara satu bulan sehingga dua tahun, rakyat Malaysia berketurunan
India di Sabah tidak ubah seperti 'Pandikutty' atau 'Anak Khinzir' yang
tidak mendapat tempat di Kampung Melayu di Semenanjung Malaysia.
Memang
diakui mengikut rekod Lembaga Kumpulan Wang Migrasi, terdapat lebih
kurang 202 keluarga India yang dihantar ke Sabah untuk bekerja di estet
kelapa sawit di Sabah sekitar 1967 sehingga 1975, tetapi mereka tidak
mengambil kira anak isteri, generasi kedua, ketiga dan keempat yang
kebanyakannya telah kembali ke Semenanjung Malaysia kerana mengalami
kesukaran hidup di Sabah akibat masalah dokumentasi.
Daripada
jumlah tersebut hanya 82 orang sahaja telah dikenal pasti dan menurut
V.Jothi permohonan rasmi telah diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan
Negeri untuk pertimbangan Ketua Menteri Sabah; tetapi belum ada sebarang
pengumuman rasmi sehingga ke hari ini.
Sehubungan
itu, sebagai salah seorang anak malang daripada mangsa Lembaga Kumpulan
Wang Migrasi yang tidak mendapat kerakyatan Sabah; sebagaimana yang
dinikmati warga asing Filipina dan Indonesia yang bukan sahaja mendapat
Taraf Penduduk Tetap, malah diberikan taraf warganegara Malaysia dalam
sekelip mata; maka saya mendesak agar V.Jothi membubarkan MIC kerana
telah gagal memperjuangkan kepentingan masyarakat India di Sabah. SABAH KINI
|
9 ulasan:
India tidak ramai di Sabah.. jadi peranan MIC di Sabah belum nampak lagi.
Politik perkauman memang banyak muncul PRU kali ni. sepatutnya isu ni tidak ditimbulkan.
Waa..apabila orang India sendiri memberi teguran terhadap MIC.
Jalankan tanggungjawab dengan jujur. Jangan ada penyelewengan
Isu ini semakin dibangkitkan oleh Chong Su Li.
Apa pun kita tunggu saja siasatan kebenaran bagi hal ini. Kerana jika dilihat bukti langsung tidak ada untuk mendakwa india Sabah ini.
saya sudah hilang minat mahu mengikuti perkembangan isu ini di Sabahkini.. asyik2 buat pendedahan di media, tapi tidak ada juga tindakan diambil..
kadang2 saya rasa isu ini tidak lebih dari sekadar persaingan perniagaan.. sebab itu hanya berlegar2 di Sabahkini, bukannya di mahkamah..
kalau pengadu benar2 mahu mendedahkan jenayah yang dilakukan oleh pihak tertuduh, kenapa tidak serahkan saja bukti2 itu kepada pihak polis dan follow-up kes itu di balai polis atau mahkamah??
Catat Ulasan