RAKYAT
Sabah amat terkilan mengapa tiap kali menjelang hari perayaan seperti
bulan Ramadhan, Hari Raya, rakyat terpaksa mengalami kekurangan bekalan
barangan keperluan seperti gula, minyak makan, tepung, beras dan
sebagainya.
Kali ini nampaknya
menjelang bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, kita di Sabah
mula mengalami kekurangan gula di beberapa kawasan seperti Kota
Kinabalu, Penampang, Tg Aru dan kawasan luar bandar.
Apabila ditanya
pihak pembekal dan pengedar, mereka memberi alasan yang pihak kilang di
Semenanjung tidak menghantar bekalan secukupnya ke Sabah.
Kita
khuatir kejadian kekurangan bekalan gula ini akan menjejas dan
menyusahkan rakyat terutama sekali rakyat yang akan menjalani ibadat
puasa yang menjelang tidak lama lagi. Umum mengetahui bahawa Pengedar
utama adalah sebuah Syarikat dimiliki FELDA sebuah agensi kerajaan.
Dato
Shuaib Dato Mutalib, Penolong Setiausaha Agung Parti Maju Sabah (SAPP),
bila ditanya mengenai perkara ini merasa kesal dengan kejadian ini dan
meminta pihak Kerajaan BN Sabah supaya mengambil tindakan segera untuk
menangani masalah kekurangan gula yang dihadapi sekarang.
Bukan
sahaja kita di Sabah kekurangan gula menjelang hari-hari perayaan malah
barangan keperluan seperti bawang putih walaupun ada dipasaran tetapi
harganya turut melambung yang sudah sampai ketahap RM 7.90 sekilo.
Kita hanya berharap barangan keperluan lain seperti minyak, beras, tepung tidak akan turut melambung,” tambah Dato Shuaib.
|
8 ulasan:
sering berlaku masalah kekurangan gula, hal ini kena diatasi segera.
Make sure no irresponsible businessmen who has hidden away the sugar supply so that they can sell it at higher prices during the festival celebration.
sabah-go-green.blogspot.com
Anyone who found out businessman who increase the price of sugar should report it to the consumer protection department.
sabah-go-green.blogspot.com
Kalau begini saja yang terjadi di Sabah, ia petanda yang tidak bagus untuk PRu13.
Itu pasti akan dilakukan. Tambahan lagi Gula ada barang keperluan yang perlu dikawal.
Kalau gula saya belum terasa lagi tapi tu minyak makan. Lebih barang2 kawalan ni dikawal dengan sebaik mungkin.
Pasti ada pihak2 yang simpan barang2 kawalan tu, penguatkuasa perlu bertindak.
ada apa2 cadangan dari Dato Shuaib Dato Mutalib bagaimana mahu memenuhi permintaan gula ni?? perayaan bukan hanya di Sabah.. seluruh Malaysia..
Catat Ulasan