Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa
(DPPKT) merasa kesal dengan pelantikan Datuk Astaman Abdul Aziz, sebagai
Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB).
“Bagi DPPKT, pelantikan Datuk Astaman Abdul Aziz tidak kena pada masanya kerana kelayakannya dan latar belakang beliau bagi mewakili kepentingan rakyat Kampung Baru itu,” kata Ketua DPPKT, Mohd Suhaimi Abdul Aziz.
DPPKT, katanya mendapati ramai penduduk Kampung Baru merasa terkilan dengan pelantikan Astaman memandangkan beliau bukan anak jati Kampung Baru dan beliau juga tidak dibesarkan di kampung tersebut.
Menurutnya, Astaman dilihat bukan mewakili penduduk atau pemilik Kampung Baru justeru beliau tidak dapat merasakan sentimen yang mendalam bagi memperjuangkan isu Kampung Bharu.
Beliau mempersoalkan apakah Astaman boleh merasai denyut nadi dan keperihan penduduk kampung tersebut dalam memperjuangkan nasib mereka.
DPPKT, ujarnya merasa hairan mengapa Umno tidak mengenengahkan tokoh lain yang lebih berwibawa dan mempunyai latar belakang yang bersih serta anak tempatan.
“Apakah Umno Titiwangsa sudah ketandusan kepimpinan sehingga terpaksa membawa tokoh kontroversi tersebut?” soalnya dalam satu kenyataan.
Sebagai makluman, katanya Astaman pernah digantung oleh Umno selama tiga tahun kerana terlibat dengan rasuah ketika bertanding dalam pemilihan agung Umno beberapa tahun lepas.
“Dengan rekod dan reputasi yang buruk ini, ramai merasa curiga Datuk Astaman mampu memperjuangkan nasib mereka, atau mungkin Kampung Baru akan terus digadai dengan kepimpinan yang dipersoalkan ini,” katanya.
Katanya lagi, DPPKT merasa khuatir jika Kampung Baru akan menerima nasib yang sama dengan Felda di mana kerajaan melantik Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusinya.
Ini, ujarnya kerana Isa adalah pemimpin yang dipalitkan dengan rasuah dan telah dihukum kerana kesalahannya.
“Beliau masih mendapat kepercayaan pemimpin Umno untuk mengemudi Felda meskipun rata-rata warga Felda menolak kepemimpinan Isa,” ujarnya.
Tambahnya, nasib Felda menjadi tidak menentu dengan tindakan penyenaraiannya di Bursa Malaysia yang menjadi kemarahan peneroka.
Kemuncaknya, kata beliau rakyat turun ke jalan raya dalam perhimpunan Oren pada 14 Julai lalu.
Justeru, tegasnya DPPKT mendesak kerajaan menarik balik pelantikan Astaman sebagai Pengerusi PPKB.
“Jika kerajaan benar-benar ikhlas mahu membangunkan Kampung Baru, pelantikan Pengerusi PPKB mesti mendapat mandat dan kerelaan pemilik Kampung Baru seluruhnya dan mewakili kepentingan mereka,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan