KEADILAN DAILY
KANADA: Satu rencana akhbar The Vancouver Sun pada 3 Julai lalu menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan rancangan mengadakan pilihan raya umum kes rasuah Scorpene.Rencana ditulis Jonathan Manthorpe itu melaporkan Setiausaha Parlimen Najib memaklumkan pilihan raya hanya akan diadakan selepas tamat mandat lima tahun pada Mac 2013, walaupun sebelum ini sumber dalam Umno mengatakan ia akan diadakan Julai.
Lebih teruk bagi Najib, tulis Jonathan, dokumen siasatan polis Perancis menunjukkan firma pertahanan Perancis, DCNS membayar USD$45 juta untuk mendapatkan dokumen sulit Tentera Laut Malaysia.
“Pembangkang Malaysia berkata jika dakwaaan itu benar, penjualan dokumen sulit yang memberi kelebihan kepada DCNS dalam tender kapal selam itu adalah satu pengkhianatan.
“Masalah Najib yang bertimpa-timpa diberatkan lagi apabila 133 fail hasil serbuan Unit Anti-Jenayah Terancang Polis Kehakiman Perancis ke pejabat DCNS di Paris dibocorkan kepada laman Asia Sentinel.
“Dokumen itu antaranya menjelaskan DCNS bertindak membeli pengaruh melalui orang kanan Najib, Abdul Razak Baginda selepas merasa ketinggalan dengan syariket German, Kockums AB dalam persaingan melobi kerajaan Malaysia.
“Dalam dokumen lain, pegawai DCNS mengatakan bayaran USD142 juta kepada Perimekar akan dibahagikan kepada beberapa individu dan juga parti pemerintah iaitu UMNO,” jelas Manthorpe seperti dipetik.
7 Mei lalu, rencana Manthorpe dalam akhbar utama British Columbia itu melaporkan mahkamah Perancis memulakan perbicaraan kes Scorpene yang kini memasuki peringkat perbicaraan di Tribunal de Grande Instance, Paris.
Kes itu turut dikaitkan dengan Najib dan pembunuhan penterjemah Altantuya Sharibuu dalam skandal berkenaan.
10 ulasan:
itu hnya anggapan dia. belum tau lagi bila PRU diadakan.
Datuk Najib said he wanted complete his five year term as Prime Minister before announcing the next General Elections.
sabah-go-green.blogspot.com
Datuk Najib's decision has gotten the support from Ex-Prime Minister Dr Mahathir as well.
sabah-go-green.blogspot.com
Suka hati Najib la bila mahu adakan PRU13
PM mungkin ada sebab tersendiri kenapa penangguhan PRU ini dibuat. Tambahan lagi mungkin belum masa yang sesuai buat masa sekarang PRU dilaksanakan.
Sumber tu boleh dipercayai ke
PRU13 akan diadakan juga tu, sebab hampir tamat tempoh pemerintahan
kalau media luar menerbitkan artikel yang memburuk2kan Anwar dan pembangkang, awal2 pemimpin2 pembangkang tampil menyangkal dengan membuat tuduhan kononnya media itu di BAYAR oleh umno.. so, adakah Jonathan Manthorpe dibayar oleh pembangkang?
ketika ada ura2 pilihanraya mahu diawalkan, bukankah pekatan juga yang membantah sehingga mahu mengadakan pilihanraya berasingan??
alasan paling tepat dan mudah kenapa pilihanraya belum diumumkan ialah, tempoh lima tahun belum habis.. kenapa perlu dikaitkan dengan isu2 luar yang sehingga hari ini gagal mengambil apa2 tindakan terhadap Najib?
Catat Ulasan