Oleh Masdar Wahid
KUALA LUMPUR : Pertemuan Perdana Menteri dan beberapa
pimpinan Umno BN bersama rakyat pada majlis Pelancaran Kibar Jalur
Gemilang hanya taktik bagi meneruskan survival politik mereka menjelang
Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat
KEADILAN, S Manikavasagam.
Beliau mengulas kunjungan Datuk Seri Najib Razak ke Little India;
Timbalannnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kampung Baru dan Menteri
Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ke Jalan Petaling serentak bermula
8.00 malam ini bertemakan ’55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati’.
“Merdeka apa kalau kaum India kekal dinafi kad pengenalan sejak
puluhan tahun. Janji ditepati konon, tapi Kampung Baru dinodai pimpinan
Umno begitu juga kaum Cina apabila SRJKC (Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan Cina) dipermainkan oleh pentadbiran Najib.
“Semua tahu tiga kawasan itu antara tumpuan utama tiga kaum terbesar
iaitu India, Melayu dan Cina, namun kita yakin taktik mereka ini
bersifat serampang dua mata untuk merayu pengundi bandar agar tidak
menolak Umno BN,” katanya dihubungi.
Beliau yakin usaha itu hanya sia-sia kerana pengundi bandar adalah
golongan celik kerana diberi apapun dari kerajaan sama ada wang atau
hadiah akan diambil, namun undi mereka konsisten untuk Pakatan Rakyat.
“Tindakan mereka memilih tiga lokasi itu juga membuktikan Umno BN
kini sangat-sangat kritikal dengan sokongan pengundi bandar dan sebab
itu, saya tegaskan ini taktik terdesak mereka.
“Buktinya, sehingga kini Najib enggan adakan PRU walaupun desas-desus
pembubaran Parlimen bertiup kencang sejak tahun lalu,” kata Ahli
Parlimen Kapar itu lagi.
Sebelum ini, Parlimen dijangka bubar pada 11 November 2011 kerana
angka 11 sangat diminati Najib. Selepas itu ia ditunda Mac, Jun dan awal
Julai tahun ini, namun semua meleset dan kini mungkin dianjak Oktober
depan pula selepas pembentangan belanjawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan