Rabu, 11 Julai 2012

Mahathir. Makin tua makin kuat cemburu buta pulak dah!


Oleh : rahimothman

TIDAK TAHU beza antara  taksub, kagum  dan kasih !


Kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa rakyat Kelantan terlalu taksub kepada YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah keterlaluan dan ia semacam satu penghinaan terhadap rakyat Kelantan.

Sebagai seorang ulamak, juga seorang menteri Besar sudah tentu Tuan Guru wajib memperlihatkan sesuatu yang terbaik kepada seluruh rakyatnya.. Inilah yang telah dilakukan oleh TG Nik Aziz selama ini.

Rakyat Kelantan bukan “taksub” tetapi “kagum dan kasih” kepada Nik Aziz. Tidak tepat dan tidak wajar DrM menuduh rakyat Kelantan taksub atau menyanjungi Tuan Guru secara membabi buta. Kalau DrM tak mampu untuk menjadi seperti Nik Aziz eloklah diam saja dan muhasabah diri !

Menurut DrM lagi ketaksuban rakyat Kelantan kepada Nik Aziz, telah menyukarkan BN untuk merampas kembali negeri Kelantan. Ha,ha! tahu tak apa! Niat Tun dan Umno nak tawan semula Kelantan dengan berbagai tektik kotor amat difahami oleh rakyat Kelantan, sebab itu Umno gagal! Kalian merancang, Allah juga merancang! namun perancangan Allah lah yang lebih baik seperti yang dilalui oleh negeri Kelantan sebelum dan ketika ini.

Begitulah hakikatnya bahawa rakyat Kelantan bukan seperti yang dituduh Mahathir, kerana rakyat Kelantan lebih matang berpolitik dan tahu perkembangan politik tanah air. Sebenarnya Mahathir tidak faham istilah taksub dengan kasih. Rakyat Kelantan amat kasih dan mengkagumi kepemimpinan TG Nik Aziz yang begitu zuhud, sederhana, amanah, berintegriti dan warak itu. Sebagai seorang ulama’ merangkap pemimpin nombor satu di Kelantan, watak dan keperibadian beliau yang tinggi bukanlah dibuat-buat, sebaliknya ia bertitik tolak dari ilmu dan sifat ketaqwaan beliau.

Untuk renungan : Pernahkah kita mendengar kisah penyalahgunaan kuasa semasa pemerintahan TG Nik Aziz? Pernahkah beliau mementingkan kroni, mengkayakan diri sendiri dan keluarga? Mengambil rasuah atau menyalahguna kuasa? Jauh sekali ! Sedarkah DrM yang Nik Aziz tidak tinggal di rumah kediaman rasmi MB yang indah dan serba lengkap itu? sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang serba sederhana?

Bab makan pula, TG Nik Aziz tidak kekok makan minum dan bermesra dengan rakyat di mana sahaja, termasuk di gerai atau di kedai biasa. Makan nasi bungkus dan minum air dalam palastik tak jadi masaalah langsung bagi Tuan Guru!! Belum lagi bab kuliah percuma yang dibuatnya saban hari serta sumbangan-sumbangan peribadinya yang terlalu banyak untuk negeri dan rakyat Kelantan!

Kalau Mahathir rasa TG Nik Aziz lah penyebab BN susah nak dapat balik Kelantan,..eloklah Mahathir cari bomoh Siam ke, bomoh Malaya ke untuk buat sesuatu!! Tak usahlah Mahathir nak malu, sebab semua orang sudah tahu yang orang Umno memang suka main bomoh !! Masih ingatkah kita kisah ADUN Pahang dikerat 18 kerana terlalu percayakan bomoh satu ketika dulu?

P/S: Mahathir dengki! Orang UMNO pun menyampah dengan dia!

9 ulasan:

mantera berkata...

rakyat kelantan dan menyanjung Nik Aziz, itu hak mereka.. pasti ada jg yang menyanjung dr M.

Unknown berkata...

Makin tua makin menjadi2 pula Dr M ni. makin kuat berpolitik dan campur tangan dalam urusan pentadbiran negara.

Unknown berkata...

Dr. M sebenarnya masih taksub mahu berpolitik?

Unknown berkata...

Tidak dapat disangkal yang Nik Aziz ada auranya sendiri.

Bujang Senang berkata...

Hahaa tapi kita juga patut berbangga mempunyai PM seperti Dr M dahulu.

Bujang Senang berkata...

Tapi terpulang dengan padangan setiap orang kita tunggu saja bagaimana nanti PRU13 ini.

Sotong Kurita berkata...

""Pernahkah kita mendengar kisah penyalahgunaan kuasa semasa pemerintahan TG Nik Aziz? Pernahkah beliau mementingkan kroni, mengkayakan diri sendiri dan keluarga? Mengambil rasuah atau menyalahguna kuasa? ""

stesen minyak petronas milik anak Nik Aziz yang bernilai rm1 juta tu pula macam mana?? bolehkah anak Nik Aziz memiliki stesen petronas itu jika Nik Aziz bukan menteri besar??

Sotong Kurita berkata...

bagaimana dengan tindakan kerajaan PAS Kedah yang merobohkan madrasah di negeri itu semata2 mahu memberikan laluan kepada pembinaan kompleks membeli belah?? bukankah tindakan kerajaan negeri PAS itu mendapat tentangan penduduk sekitar?? adakah itu juga dikatakan "kasih" rakyat terhadap Nik Aziz??

Sotong Kurita berkata...

rakyat kelantan perlu juga lihat apa kenderaan rasmi Nik Aziz.. semuanya kereta2 mewah.. tapi masalah air bersih kelantan tidak pula selesai sehingga hari ini..