Misbahul Munir
Saya
antara yang tidak pernah kutuk Abdullah Antong ketika krisis Perak
begitu hebat bergolak, saya kenal beliau. Beliau beritahu, sebagai
pegawai kerajaan dia tertekan antara mengikut kehendak kerajaan yang
haram atau kerajaan yang dirampas. Kenyataan yang dikeluarkan oleh
beliau hanya mengikut skrip yang diarahkan.
Sepanjang
11 bulan PR memerintah, beliau banyak memberi kerjasama yang cukup
baik. Beliau rajin berjamaah Zohor yang diimami oleh Hj Nizar, dan
mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Hj Nizar. Beliau sering ke
pejabat saya dan berbincang banyak perkara. Sebelum PR memerintah, saya
tidak pernah mengenali beliau pun, hanya setelah masuk pejabat,
beliaulah antara pegawai kerajaan yang awal masuk pejabat MB dan tanya
siapa Setiausaha Politik MB, dan beliaulah yang keluarkan surat
perlantikan saya atas nama YAB MB Perak, dan ucap tahniah kepada saya.
Apabila
Sivakumar, selaku speaker yang sah melantik saya sebagai SU DUN Perak,
sidang DUN pertama yang kecoh itu (Speaker diusung keluar), Abdullah
Antong setuju, sayalah yang akan menjalankan tugas sebagai SU Dewan,
saya sudah bersiap pagi itu, tetapi dipintu pagar lagi sudah dihalang
oleh polis sebab tidak ada pas masuk. Pengawal Keselamatan tidak ada
masalah untuk membenarkan saya masuk, hari itu yang ambil tugas menjaga
pintu pagar pihak polis. Saya tidak dapat masuk dan Abdullah Antong
pun menjalan tugas seperti biasa.
Beliau dipindahkan ke Jabatan lain (PTG) beberapa bulan selepas BN merampas kerajaan. Beberapa tahun kemudian beliau bersara.
Saya
dapat maklumat beliau berhasrat untuk bersama dengan PAS dan membantu
PAS dalam PRU akan datang. Alhamdulillah,saya dapat bersembang dan
bersarapan pagi dengan beliau bersama YDP Gopeng. Saya ajak beliau
untuk hadir dalam program Himpunan Hijau bersama Tok Guru Mursyidul Am
di Bagan Serai, beliau setuju hadir tetapi pada hari tersebut, beliau
tidak berapa sihat badan. Saya diberitahu, beliau baru sahaja
menjalani operation rupanya. Saya memahami masalahnya.
Sekali lagi saya jemput beliau untuk menjadi salah seorang tetamu dalam program Hi Tea bersama Mat Sabu dan pimpinan PAS Perak yang lain. Alhamdulillah, beliau tidak menghampakan jemputan dan hadir pada petang Sabtu 7hb Julai. Turut hadir, Datuk Bahari Jabar, bekas Timbalan Pengarah PTG negeri Perak, dan ramai lagi yang hadir.
Sekali lagi saya jemput beliau untuk menjadi salah seorang tetamu dalam program Hi Tea bersama Mat Sabu dan pimpinan PAS Perak yang lain. Alhamdulillah, beliau tidak menghampakan jemputan dan hadir pada petang Sabtu 7hb Julai. Turut hadir, Datuk Bahari Jabar, bekas Timbalan Pengarah PTG negeri Perak, dan ramai lagi yang hadir.
Abdullah
Antong turut diberi peluang berucap bersama rakan-rakan tetamu yang
lain. Ucapannya cukup menyentuh dan diberi laungan takbir oleh orang
ramai. Menurutnya, pengalaman berkhimat dengan MB Hj Nizar dan kerajaan
PR walaupun 11 bulan tetapi jauh lebih baik, selesa, seronok
berbanding dengan kerajaan terdahulu. Banyak perubahan yang dibuat
walaupun baru 11 bulan, beliau yakin PR mampu buat lebih baik lagi
kalau lebih lama memerintah. Beliau juga menyatakan kalaulah UMNO BN
baik dan tidak menyeleweng, mengapa perlu bersama PAS. Beliau bersama
dengan PAS kerana UMNO BN sudah tidak betul lagi, dan beliau lebih
yakin dengan PAS.
Saya
diberitahu, selepas desas desus beliau akan meyertai PAS dan hadir
dalam program bersama Tok Guru 16 Jun lalu, beliau dikunjungi oleh
bekas pegawai tinggi kerajaan Perak seminggu selepas program 16 Jun.
(beliau tidak dapat hadir sebab faktor kesihatan). Dalam kunjungan ke
rumahnya hampir 1 jam itu, lebih kurang kesimpulannya beliau
dinasihati oleh orang itu untuk tidak bersama dengan PAS.
Tetapi tekad dan semangatnya kuat, beliau hadir ke majlis jamuan teh bersama Mat Sabu dan menyampaikan ucapan.
Selepas berita kehadirannya tersiar dalam blog, ramai yang memuji dan ucap tahniah, yang kutuk dan ugut pun ada juga. Beliau juga menyedari pasti akan ada tekanan dan ugutan ke atas dirinya dan isteri beliau yang masih lagi berkhidmat sebagai guru.
Namun
katanya, beliau tetapi istiqamah dan akan bersama dengan PAS untuk
tumbangkan UMNO BN pada PRU akan datang. Doakan semuga beliau kekal
istiqamh dalam perjuangan.
Penulis adalah bekas pegawai kanan politik bekas MB Perak Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan