Sabtu, 7 Julai 2012

Hudud: Mashitah sokong syor Adun Kemelah

Wartawan Sinar Harian

Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim 
 
 
SHAH ALAM - Malaysia kini berada dalam landasan betul untuk melaksanakan perundangan Islam, namun negara masih lagi kekurangan prasarana untuk membolehkan ia menjadi realiti.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, secara peribadi beliau menyokong cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat yang ingin menjadikan Johor sebagai negeri pertama melaksanakan hukum hudud.

“Namun kita kekurangan prasarana terdiri daripada mahkamah, hakim, pegawai pendakwa bagi melaksanakan perundangan Islam di negara ini.

“Jika usaha ini dapat dilaksanakan, Barisan Nasional (BN) akan menjadi pihak pertama melaksanakan hukum itu berbanding dengan Kelantan yang hanya bercakap kosong,” katanya.

Mashitah berkata, sekiranya Kerajaan Johor ingin laksana hudud, Perlembagaan Persekutuan tidak perlu digubal kerana undang-undang syariah bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

“Pelaksanaan perlu dirancang teliti agar semua faham erti sebenar hukum hudud,” katanya.

Tiada ulasan: