Isnin, 2 Julai 2012

Agih projek kepada ahli keluarga perbuatan curi wang rakyat

Sidiqin Omar


MELAKA : Sesebuah kerajaan bukan dilantik untuk mencuri wang rakyat melalui pengagihan kontrak dan tender runding sesebuah projek terus kepada kroni dan ahli keluarga, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



“Kamu (kerajaan) tak dilantik untuk curi wang kami. Saya boleh senaraikan 100 hal (tentang anugerah kontrak kerajaan kepada kroni dan keluarga)

“Tanah Sungai Besi, projek LRT Ampang, semua beri pada kroni. Raja Nong Chik (Projek IKBN, Bandar Penawar), Shahrizat Jalil (Projek NFC), semua beri pada keluarga. Mana ada pemimpin Umno yang hidup tidak senang?

“”Lihat projek MRT, kos 17 kali ganda dari negeri China. MRT kita ada emaskah?” kata Anwar dengan nada menyindir. Siapa yang tak tahu tentang menteri beri projek kepada anak mereka?” katanya depan kira-kira 2,000 hadirin di jamuan makan malam KEADILAN di Dewan Pay Fong, Melaka, malam tadi.

Sepanjang menjadi Menteri Kewangan antara 1993 hingga 1998, Anwar berkata, Malaysia tidak pernah mengalami defisit dalam perbelanjaan negara.

“Sekarang, hutang negara RM538 bilion. Ketua Audit Negara lapor, kebocoran belanja tahunan negara sehingga RM20 bilion.



“Apa beza Pakatan dengan BN? (Umno bila) ada kuasa, hanya hendak cari wang. Saham Bumiputera pun dia(Umno)  sapu.

“Macam mana negeri Pakatan kumpul duit? Sebab ada prinsip. Saya sokong orang Cina yang baik dalam kepimpinanan Pakatan. Sebab itu saya pertahankan.

“Bila kita jawab, Umno kata Anwar alat Cina. Politik tak boleh macam itu. Kalau orang Melayu kena pukul, sakit. Kalau orang India kena pukul pun, sakit juga. Negeri ini bukan gangster punya,” katanya.

Tiada ulasan: