SETEM dan sampul surat pertabalan diraja dijual Khamis ini.
Penjualan koleksi Sampul Surat Hari Pertama berharga 50 sen terhad sehari (Khamis) di cawangan Pos Malaysia seluruh negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Datuk Khalid Abdol Rahman, berkata setem pertabalan diraja ini amat bermakna kepada rakyat dan pasti menjadi koleksi berharga.
Sementara itu, Pos Malaysia juga mengeluarkan Lembaran Mini eksklusif sempena memperingati penggal kedua pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong dan dijual pada harga RM5.
Keunikan Lembaran Mini berukuran 140 mm X 75mm itu memaparkan teknik khas percetakan emas yang julung kali digunakan untuk percetakan Lembaran Mini di Malaysia.
Lembaran Mini itu memaparkan setem terdahulu yang pernah dikeluarkan sempena memperingati Seri Paduka ketika pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1971 dan 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan