Selasa, 10 April 2012

Akujanji antirasuah FELDA, SPRM

pix_gal0

Oleh Shaarani Ismail


KUALA LUMPUR: Perjanjian bersama akujanji antirasuah dan pengurusan integriti antara FELDA dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mampu meningkatkan kewibawaan Felda Global Venture Holdings (FGVH) yang akan disenaraikan selewat-lewatnya Jun depan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, berkata walaupun isu korporat dan penyenaraian saham FGVH adalah perkara yang berbeza, FELDA sebagai organisasi induk bakal meraih manfaat.

“Kita ingin memasukkan elemen pengurusan antirasuah dan integriti dalam FELDA sebagai teras dalam pengurusan korporat kerana mengikut pengalaman organisasi lain, apabila soal integriti menjadi penekanan, ia mampu menambah kekuatan dan nilai syarikat.

Kita ingin memasukkan elemen pengurusan antirasuah dan integriti dalam FELDA sebagai teras dalam pengurusan korporat kerana mengikut pengalaman organisasi lain, apabila soal integriti menjadi penekanan, ia mampu menambah kekuatan dan nilai syarikat. - Datuk Seri Abu Kassim Mohame, Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Kita dapat membantu syarikat dalam aspek mengatasi masalah kebocoran selain meningkatkan hasil,” katanya pada sidang media Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat dan Pakatan Integriti antara SPRM dengan FELDA dan FGVH.

FELDA diwakili oleh Pemangku Ketua Pengarahnya, Datuk Suhaimi Zainuddin manakala Pengerusi Kumpulan FGVH, Datuk Sabri Ahmad menandatangani perakuan bagi pihak syarikat berkenaan.

Majlis pemeteraian perjanjian itu disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Abdul Samad.

Tiada ulasan: