Seorang pemuzik cedera di bahagian kepala dan muka selepas mendakwa dipukul seorang kerabat diraja di hadapan sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur semalam, lapor akhbar Berita Harian.Menurut laporan tersebut hari ini, Mikael Adam Mohd Rafee Michel, 23, menerima rawatan selepas didakwa pengsan selepas diserang dalam kejadian awal pagi itu.Sementara itu Bernama melaporkan, Mikael Adam didatangi suspek ketika beliau dan dua rakan perempuannya baru memasuki kereta yang kemudian bertindak menariknya keluar dari kereta dan memukulnya dalam kejadian awal pagi itu.
“Ketika itu saya baru pulang dari kerja…sebaik ditarik keluar, saya ditumbuk bertalu-talu sehingga terjatuh sebelum kepala saya dipijak dengan kuat menyebabkan saya tidak sedarkan diri.
“Saya hanya mampu mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala dengan kedua belah tangan saya bagi mengelakkan kecederaan lebih parah,” katanya dalam laporan tersebut.
Laporan itu juga menyebut, Mikael Adam membuat laporan di Balai Polis Tun Razak tidak lama selepas insiden tersebut berlaku.
“Saya mahu lelaki itu diambil tindakan kerana memukul saya sesuka hati hingga cedera parah tanpa sebab,” katanya.Mikael Adam yang lebih dikenali dengan nama pentas SonaOne, merupakan artis grafiti, penerbit muzik, pencipta lagu dan penyanyi rap.Beliau bernaung di bawah label Kartel Records, yang diterajui artis hip-hop tempatan terkenal Joe Flizzow.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamed Zulkarnain Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan sedang dijalankan.
1 ulasan:
DUGAAan!
Catat Ulasan