Sabtu, 14 April 2012

KKM akan periksa sistem syif doktor

KL TODAY



Kementerian Kesihatan akan menjalankan pemeriksaan terhadap sistem syif doktor pelatih di hospital-hospital terhadap laporan bahawa doktor pelatih terpaksa berkerja keras dan lebih masa, dibuli oleh senior serta mengalami kemurungan.Di bawah Sistem Jadual Waktu Fleksibel Pegawai Perubatan Siswazah yang diperkenalkan September lalu, doktor pelatih hanya boleh bekerja sehingga 60 jam seminggu dengan dua hari cuti.

Tetapi pelaksanaannya dilaporkan amat buruk di sesetengah hospital.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata, kementerian akan mendapatkan penjelasan daripada hospital yang didapati membuli doktor pelatih mereka, sambil menambah bahawa kementerian bersedia untuk membantu mereka melaksanakan sistem berkesan jika mereka menghadapi masalah kekurangan doktor pelatih.

Bagaimanapun, beliau berkata telah memeriksa jadual di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Klang, Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh tetapi tidak mendapati mana-mana pelatih yang bekerja lebih daripada lima hari seminggu atau berkerja dua syif.

Terdahulu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr Mary Cardosa menggesa kementerian untuk mengkaji semula sistem syif dan menjalankan kajian ke atas kesihatan mental doktor baru.

Dalam kematian Dr Lee Chang Tat (gambar), 29, yang ditemui mati dalam tandas wad pediatrik di Hospital Kajang dengan picagari di sisinya, beliau berkata tidak ada data menunjukkan bilangan doktor pelatih yang mengalami kemurungan disebabkan waktu kerja yang panjang dan mengalami tekanan.

“Perlu ada beberapa jenis mekanisme untuk membantu doktor yang bermasalah, sama ada mereka mempunyai masalah peribadi atau berkaitan kerja atau tidak boleh menangani tekanan.”

Sementara itu, Majlis Perubatan Malaysia membuat kajian sebanyak lima kes doktor dengan isu-isu kesihatan mental secara purata setiap bulan. Adalah difahamkan bahawa terdapat 20 kes pada bulan Oktober lalu.

“Kebanyakan mereka adalah doktor pelatih, tetapi kita juga telah mendengar kes ke atas pegawai-pegawai perubatan,” kata bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican.

“Antara jenis-jenis isu adalah masalah psikiatri dan kebimbangan,” kata Dr Ismail.

Tiada ulasan: