MALAYSIA KINI
Keputusan memperluaskan kategori pemilih yang boleh mengundi awal secara pos termasuk golongan wartawan dalam pilihan raya akan datang ditentukan pada 15 Februari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, proses pengundian secara pos dapat membantu wartawan menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih dengan lebih mudah.
"PSC dalam mesyuaratnya minggu lalu sememangnya menimbang cadangan meluaskan kategori mereka yang akan dibenarkan mengundi awal secara pos ini," katanya dalam
sidang media selepas melancarkan Logo dan Lagu Tahun Sains & Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012) di ibunegara hari ini.
Ongkili berkata, selain wartawan turut dicadangan untuk dibenarkan mengundi awal secara pos ialah jururawat dan doktor yang akan ditugaskan dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.
"Pihak PSC telah berbincang dengan Kementerian Kesihatan dan dimaklumkan bahawa daripada 100,000 jururawat dan 8,000 doktor yang bertugas hanya empat
peratus sahaja yang terlibat dalam tugas setiap hari.
"Ini tidak menjadi isu kerana mereka (jururawat dan doktor) boleh mengundi, secara bergilir-gilir," katanya.
Pada majlis pelancaran SGI2012 hari ini, Ongkili yang juga menteri sains, teknologi dan inovasi berkata, pembangunan negara menerusi pembudayaan sains dan inovasi di kalangan rakyat penting demi untuk kemajuan bersama.
"Pengisytiharan tahun 2012 sebagai Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 mencermikan kerajaan komited memberi perhatian serius melaksanakan transformasi ekonomi menerusi sains, teknologi dan inovasi," katanya.
Katanya, sebanyak 377 program diatur dan akan dilaksanakan sepanjang tahun ini di seluruh negara antaranya segmen-segmen Sains dan Matematik, Kesedaran dan
Pembudayaan Inovasi, Inovasi, Pengkomersilan dan Pameran serta Inovasi Perkhidmatan dan Pengurusan.
Kerjasama juga diadakan antara sektor awam dengan swasta, badan bukan kerajaan (NGO) serta kementerian lain seperti Kementerian Belia dan Sukan dan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melancarkan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Mac depan.
Ongkili berkata program tersebut disusuli dengan penganjuran Karnival Sains dan Inovasi di enam zon iaitu Timur, Utara, Selatan, Sabah, Sarawak dan di Zon Tengah. Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan