Kumpulan hak asasi hari ini menggesa Malaysia supaya jangan mengusir seorang penulis muda Arab Saudi yang dilaporkan komen dalam Twitternya menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, yang mencetuskan kemarahan rakyat negara itu
Hamza Kashgari telah ditangkap setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada hari Khamis dan seorang jurucakap polis berkata dia masih disoal.
Kashgari melarikan diri Arab Saudi selepas membuat komen di Twitter yang dianggap menghina Nabi Muhammad, dan mencetuskan kemarahan rakyatnya.
Menghina Nabi adalah satu jenayah yang boleh dihukum mati di Arab Saudi.
Penyelidikan kanan Human Rights Watch, Christoph Wilcke berkata Malaysia tidak perlu "bersubahat dengan menghantar Kashgari balik", sambil mendakwa dia tidak mungkin mendapat perbicaraan yang adil di sana.
"Ulama Saudi telahpun memutuskan bahawa Kashgari adalah murtad yang harus menghadapi hukuman," katanya.
Menurut Wilcke, Malaysia perlu menyelamatkan Kashgari dan membiarkannya mendapat perlindungan di negara pilihannya.
Aktivis hak asasi S Arulchelvan daripada Suaram berkata Malaysia tidak harus mengusir Kashgari tetapi sebaliknya membenarkan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyiasat isu tersebut.
Fadiah Nadwa Fikri, seorang jurucakap kumpulan aktivis peguam - Lawyers for Liberty - berkata Kashgari adalah seorang penulis blog yang mengutuk "penindasan wanita".
"Ini sekali lagi merupakan pelanggaran kebebasan bersuara. Beliau mempunyai setiap hak untuk membuat komen dan sebagainya tanpa ditindas," katanya kepada AFP.
Menurutnya, Malaysia seharusnya memberi suaka kepada Kashgari, tetapi sebaliknya didakwa bersekongkol dengan kerajaan Arab Saudi dalam hal tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan