SHAH ALAM : Penantian hampir 9 tahun peneroka bandar di Sungai Sering, Hulu Klang untuk menerima Sijil Layak Menduduki (CF) bagi unit rumah kos rendah bakal menjadi kenyataan apabila kerajaan negeri telah meluluskan CF mereka.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Masjlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini, semalam.
Khalid berkata, CF yang dikeluarkan pada 31 Januari lalu sekali gus membolehkan kira-kira 600 penduduk menerima CF bagi unit rumah kos rendah pada Jumaat ini.
Mereka sebelum ini dipindahkan dari 11 penempatan setinggan di Mukim Klang di bawah program penempatan semula setinggan ketika era pemerintahan Barisan Nasional dahulu.
Projek rumah kos rendah Taman Ukay Indah, Sungai Sering ini dimulakan pada Jun 2003 dan sepatutnya siap April 2006 tetapi terbengkalai kerana syarikat pemaju berdepan masalah kewangan dan teknikal.
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah membelanjakan lebih RM16 juta sejak 2006 sehingga 2012 untuk membayar sewa rumah penduduk-penduduk yang gagal dipindahkan ke penempatan sementara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan