Khamis, 9 Februari 2012

Kerajaan Selangor Bantu Penghuni Pangsapuri Teratai Bukit Subang

Oleh Afeeqa Afeera


SHAH ALAM : Kerajaan Selangor akan membantu penghuni Pangsapuri Teratai, Bukit Subang membaiki rumah mereka yang rosak teruk di dalam kejadian ribut petang Selasa lalu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan dan bersedia untuk membuat peruntukan bagi menolong penduduk membaiki atap pangsapuri yang ranap.

"Prosesnya memakan masa kurang dua hari kerana kerajaan negeri akan menghantar juru nilai harga untuk melihat kawasan tersebut bagi menganggarkan kos yang perlu dikeluarkan," Abdul Khalid berkata selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan SUK di sini semalam.

Dalam kejadian tersebut, sembilan unit rumah di blok satu dan dua, pangsapuri Seksyen 16 itu mengalami rosak teruk apabila bumbung rumah cabut ditiup angin yang kuat. Manakala selebihnya hanya mengalami kerosakan kecil.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu kerana kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri.

Setakat ini, kesemua penduduk ditempatkan sementara di surau berdekatan dan menunggu pemantauan yang dibuat bomba mengenai status keselamatan pangsapuri itu.

Tiada ulasan: