SHAH ALAM : NGO Jingga 13 hari ini tampil membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Jenayah (SPRM) berhubung pendedahan dua lagi kondominium mewah milik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di negara jiran, Singapura.
Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata pihaknya juga mencabar Datuk Seri Shahrizat Jalil menafikan segala dakwaan terhadap dirinya termasuk ahli keluarganya.
"Kalau kita lihat, keluarga Shahrizat perlu membayar ansuran bulanan kedua-dua kondominium itu sebanyak RM173,000 sebulan.
"Persoalannya, bagaimana dia (Shahrizat) dan keluarganya mempunyai dana sebegitu besar untuk membayar balik ansuran ini,"katanya.
Mengulas lanjut, Fariz berkata pihaknya mencabar Shahrizat untuk menafikan serta mengistiharkan harta beliau dan keluarganya dalam tempoh tahun 2008 hingga 2011 sebagai menjelaskan bagaimana mereka mampu menanggung bayaran balik ansuran bulan itu.
Semalam, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan dua buah kondominium mewah yang dikenalpasti sebagai aset milik keluarga Shahrizat.
Menurut Rafizi, kondominium mewah bernilai RM34,562,784 itu terletak berhampiran sebuah restoran mewah, Brawn Steakhouse yang juga milik keluarga Ketua Wanita Umno itu di Marina Bay Suites, Singapura.
Kondominium mewah di tingkat 8 dan 11 itu adalah milik Suami Shahrizat, Datuk Salleh Ismail dan anak mereka, Wan Shahinur Irzan.
Sebelum ini PKR turut mendedahkan isu Pembelian kondominium mewah beralamat 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts,Singapore berharga S$4,107,600.
Rafizi berkata ekoran pendedahan terbaru ini, maka jumlah pembelian yang didakwanya dikaitkan kepada pinjaman NFC, mencecah RM62 juta.
Mengulas lanjut pendedahan terbaru ini, Fariz berkata ia adalah bukti jelas bagaimana dana RM250 juta telah digunakan bagi tujuan peribadi untuk mengumpul harta sedangkan tujuan asal dana tersebut adalah untuk pembangunan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
"Jingga 13 mendesak agar siasatan terperinci dan profesional dilakukan oleh SPRM berkait skandal NFC kerana ia melibatkan dana rakyat sejumlah RM250 juta yang diselewengkan oleh keluarga Shahrizat,"jelas Fariz.
Sebelum ini PKR turut mendedahkan isu Pembelian kondominium mewah beralamat 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts,Singapore berharga S$4,107,600.
NFC juga didakwa membeli dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya di tapak PT 1886 dan PT 1887 dengan nilai pembelian RM3,363,507.
Pada 11 November tahun lalu, Jingga 13 turut membuat laporan yang sama kepada SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dana NFC melibatkan pembelian kondomonium mewah di Bangsar bernilai RM9.8 juta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan