Selasa, 31 Januari 2012

Gagal utk dapatkan kompromi pemimpin lain, Umno sembunyi pula musibah NFC

Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Sejak pemimpin PKR Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin membuat pendedahan isu RM250mil wang NFC secara bersiri, pendedahan lain termasuk ketamakan, rasuah dan dan salah guna dana awam, skandal itu telah telah berubah daripada keadaan musibah kepada sebuah kecelakaan bagi UMNO.

Apa tidaknya, pemimpin elit UMNO sedang memerhatikan kes ini dengan teliti kerana NFC juga merupakan pintu gerbang kepada banyak lagi rahsia kotor UMNO. Jika tidak berhati-hati, ia boleh memberi Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim jalan untuk menghancurkan mereka pada pilihan raya umum ke-13.

Walau apa pun, UMNO boleh menyalahkan sesiapa melainkan diri sendiri, ketamakannya dan perbalahan dalaman mengundang keadaan ynag sangat kritikal ini. Satu petunjukan acara kemuncak kemusnahan besar-besaran bagi UMNO!

Malah Houdini mahupun David Copperfield tidak mampu menjadikan NFC keluarga Shahrizat, lembu mereka, kondominium dan Mercedes Benz mewah hilang dari ingatan rakyat! Apa yang paling menyedihkan, kedua-dua ahli silap mata ini tidak juga bpleh mengembalikan pinjaman kerajaan berjumlah RM250mil itu kepada rakyat!

Penyelesaian yang selamat

Pertama, golongan elit UMNO tidak mampu untuk menyelesaikan masalah ini dengan baik tidak seperti kes-kes yang lalu.Mengapa? Dua sebab utamanya ialah pilihan raya umum ke-13 dan pemilihan dalaman UMNO yang akan berlangsung akhir tahun ini. Ya, tiada kompromi dan saling membantu untuk menutup rahsia antara satu sama lain, puak-puak yang berlawanan menggunakan kejatuhan NFC sebagai pengaruh untuk mengalahkan antara satu sama lain.

Cara terakhir buat masa ini adalah menengelamkan isu itu. Dalam erti kata lain, biarkan Shahrizat dan keluarganya ghaib semetara, manakala Raja Nong Chik yang telah dipersalahkan kerana mengapi-apikan skandal itu dan juga mendambakan kerusi parlimen Lembah Pantai mungkin perlu menunggu seketika untuk hasratnya tercapai. Ini adalah penyelesaian yang 'paling selamat' buat masa sekarang!

Cara selamat yang disarankan oleh pemimpin elit UMNO sebenarnya sama dengan apa yang dirancang oleh Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin pada pada mulanya menafikan segalanya untuk mengelakkan skandal dari meletus. Sudah pasti, mereka akan kehilangan kredibiliti dan keyakinan semua. Tetapi bagi UMNO yang tidak tahu malu, ini tidak akan menjadi kali terakhir.

Oleh itu, tanpa mengira kaburnya penjelasan mereka, apa yang pasti mereka telah menjadikan Khairy bintang NFC ltermasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, TPM Muhyiddin Yassin, Menteri Pertanian Noh Omar hanya akan mampu menghadapinya sahaja - seperti keluarga Shahrizat. Sesiapa yang bertanya akan diberitahu bahawa semuanya biasa sahaja dan tiada apa yang perlu dirisaukan.

Jelas sekali, Shahrizat, ketua Wanita suka akan jalan ini. Dia nampak cemas apabila bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad memberitahu dia patut berhenti sebelum dihalau keluar parti. Tetapi sudah tentu, Khairy telah menyelamatkannya kerana menyebelahi Sharizat dan cuba untuk menjelaskan dan membenarkan apa yang telah berlaku. Walaupun begitu, adakah rancangan terbaru ini akan berjaya?

Salleh dan Datuk ‘Fix-it’

Salleh Ismail, bos NFC, telah cuba untuk mengekalkan dirinya dalam keadaan tenang selagi dia boleh. Namun, apabila kondominium mewah di Bangsar, diikuti dengan satu sama lain di Singapura - yang lebih teruk masih berdaftar dengan nama-nama peribadi mereka - mula percikan seluruh akhbar, beliau tidak boleh berdiam diri lagi.

Shahrizat yang juga cuba untuk menjauhkan dirinya dari kemelut itu berkata NFC Cuma ada kaitan dengan keluarganya dan bukan dirinya. Tetapi ini tidak berhasil kerana wanita Umno menegaskan bahawa ini adalah mustahil. Mereka adalah suami isteri dan di dalam bilik tidur, pasti banyak yang dikongsikan antara mereka seperti mana-mana pasangan yang normal.

Apabila dalam usaha dramatik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyerbu pejabat NFC, ramai menuduh suruhanjaya itu datang untuk membantu memusnahkan bukti dan bukannya mencari. Bagi pihak polis, meraka dari mula lagi menyatakan pendirian tiada unsur-unsur "jenayah pecah amanah", polis tiba-tiba membuat pusingan U apabila mendakwa mungkin terdapat beberapa asas bagi Peguam Negara untuk mendakwa mereka.

Satu lagi kejutan yang tidak diingini ialah kehadiran Datuk “fix it". Pada mulanya, spekulasi bertiup kencang bahawa Salleh telah ditangkap tetapi ia ternyata tersasar apabila seorang 'Datuk', yang ‘mesra dengan orang atasan’ membuat kerja kotor untuk mereka. Datuk “Fix it" ini akan bernasib baik jika dia bijak dalam percaturannya nanti.

Dalam kes NFC, beliau ditahan kerana cuba merasuah beberapa pegawai penyiasat dengan menawarkan sejumlah RM1.7mil yang kononnya diterima dari Salleh untuk mempengaruhi beberapa orang pegawai. Sudah tentu, Datuk “fix-it” tidak akan menjadi kambing hitam tanpa apa-apa habuan. Kemelut Shahrizat-NFC begitu panas sehinggakan begitu ramai orang atasan yang mungkin terbakar sama.

RM250mil untuk NFCorp: Bagaimana wang itu dibelanjakan?

Malangnya, Datuk “Fix it” tidak menghadapi tembakan PKR seterusnya apabila perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Shahrizat didedahkan. Ia berjumlah hampir RM600, 000 pada tahun 2009 sahaja. Rakyat Malaysia sakit hati apabila mereka membaca laporan berita tentang anak-anaknya yang berusia dua puluhan mendapat gaji 5-angka yang besar dan yang juga telah diberikan had kad kredit yang sama untuk dibelanjakan setiap bulan.

Shahrizat tidak mempunyai pilihan selain mengambil cuti 3 minggu. Bukan untuk meredakan keadaan, dia turut meminta bantuan ketua Perkasa, Ibrahim Ali dan beberapa NGO Melayu lain untuk membantu mempertahankannya sekaligus memenangi simpati orang Melayu. Dengan segera, Ibrahim Ali yang bersikap perkauman mendakwa NFC berkeadaan baik dan kekecohan ini adalah disebabkan oleh kakitangan bukan Melayu yang tidak berpuas hati dan ingin memusnahkan projek itu.

Kemudian, seperti kebiasaan dalam drama UMNO, Salleh melalui perbualan telefon dari Mekah, menegaskan bahawa ia adalah satu kesilapan! Katanya, Ketua Audit Negara hanya telah mengaudit buku-buku Pusat Fidlot Kebangsaan milik kerajaan di Gemas, yang berkeluasan 2000 ekar dan bukan NFCorp, iaitu firma yang dimiliki oleh keluarganya yang telah dianugerahkan tugas menyelia projek NFC. Menurut Salleh, ladang itu diuruskan oleh kerajaan sendiri melalui Kementerian Pertanian! Namun, ternyata ini tidak tepat.

Selain daripada memberikan RM250 juta pinjaman mudah, bantuan kerajaan yang dapat dilihat di NFC di Gemas adalah kemudahan rumah penyembelihan. Selain itu, Salleh terlibat dalam kedua-dua NFCorp dan menyelia NFC yang merupakan hak milik negara, diketuai oleh anaknya dan dikawal oleh dua orang adik-beradik yang lain.

NFCorp juga diberi pinjaman oleh kerajaan di bawah pentadbiran Badawi untuk menjalankan NFC. Jadi untuk menyatakan ada perbezaan diantara NFCorp dan NFC adalah tidak masuk akal sama sekali. Apa pun, wang rakyat dalam bentuk pinjaman kerajaan telah secara tidak wajar digunakan, dan ini mesti disiasat dengan teliti tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Soalan-soalan penting

Dengan tiada pilihan lain, UMNO kini berada didalam dilemma. Seperti Houdini dan Copperfield, mereka perlu menjerit 'KAZAM' untuk memesongkan perhatian orang ramai.Tetapi maaf, tiada seorang pun yang berganjak.UMNO kini lebih teruk daripada sebelumnya. Pemimpin, termasuk Najib dan Muhyiddin, Mahathir dan juga Khairy, nampak seperti orang jahat yang sanggup membiarkan rasuah, 'merasionalkannya’ juga semata-mata untuk melepaskan UMNO dari cangkuk NFC.

Salleh telah menampakkan dirinya tidak cekap dari mula lagi dan dia harus meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada siasatan bagi kecuaian dan pecah amanah; kerana mengabaikan struktur dan organisasi projek yang diamanahkan kepadanya untuk mengurus dan akhir sekali, kerana membiarkan kemusnahan itu berlaku betul-betul di bawah hidung sendiri.Tidak hairanlah pinjaman RM250 juta adalah dalam keadaan kucar-kacir, dengan sebahagian besarnya dibelanjakan untuk barangan yang tiada kaitan langsung dengan lembu.

Berapa banyak yang ditinggalkan, bagaimana ia dibelanjakan, berapa banyak yang boleh diselamatkan? Ini adalah soalan-soalan yang panas tetapi Najib mahupun Shahrizat nampaknya tidak berminat untuk memberi jawapan.Nampaknya NFC semakin menjunam kedalam juram yang lebih dalam dari hari ke hari. Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganugerahkan projek kepada NFCorp milik Salleh juga mesti disiasat atas sebab apa dia memilih orang yang tidak berpengalaman untuk menguruskan dana RM250 juta itu.

Tetapi soalan-soalan yang paling penting untuk ditanya adalah mengapa UMNO mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan kemelut ini, mengapa UMNO berusaha untuk menjauhkan diri daripada kemelut ini dan mengapa ia cuba untuk menyembunyikannya walaupun ia tahu bahawa langkah ini akan meninggalkan parut yang besar dan hodoh yang tidak boleh sembuh atau disembunyikan lagi?

Walaupun kerajaan melantik juruaudit bebas untuk menyiasat NFC, rakyat akan pasti curiga, memandangkan bahawa terma-terma dan rujukan audit boleh dicondongkan untuk memihak kepada pihak-pihak tertentu dalam UMNO.

Tiada jalan mudah - satu pengajaran buat UMNO yang tidak insaf

Mereka mampu membiarkan sahaja, ini adalah sebab yang paling munasabah kenapa UMNO tidak bersungguh-sungguh untuk mencari jalan penyelesaian bagi kemelut ini.

Terlalu banyak hubung kait sesama mereka dan untuk mewujudkan kesan yang boleh memberi impak kepada golongan elit dan ini mesti dielakkan sama sekali. Namun, dengan cuba untuk mengatakan semuanya dalam keadaan OK, sama sahaja seperti membiarkan bom jangkauntuk meletus dalam UMNO.

Satu-satunya cara bagi mengelakkan kesan burukdibawa oleh Khairy, Muhyiddin, Shahrizat, Najib dan Nong Chik adalah untuk melakukan sebaliknya bukan seperti cara mereka menyelesaikannya selama ini.

Untuk menyelamatkan UMNO, perasuah mesti dihukum dan pelaku tidak dibenarkan untuk melarikan diri. Tetapi memandangkan UMNO memgang rekod kotor, ia adalah sesuatu yang tidak mungkin kerana ia boleh menjerat dirinya sendiri. Apa yang akan berlaku? Apa juasandiwara baru yang bakal dibuat UMNO tidak akan menyelesaikan apa-apakecuali UMNO mengaku bersalah. Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: